- Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) melancarkan Amanah Hartanah Bumiputera pada 29 November 2010.
- PHB yakin dapat menjual 1 bilion unit dana dalam tempoh setahun, sekaligus membolehkan pelabur Bumiputera menyertai pemilikan benefisial aset hartanah bagi pelaburan jangka panjang.
- Dana AHB yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu terbuka kepada pelabur Bumiputera berusia tiga bulan ke atas dengan pelaburan minimum RM500. AHB skim unit amanah yang bersandarkan hartanah perdana dan memberi ulangan kompetitif serta stabil kepada pelabur.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Amanah Hartanah Bumiputera di ibu negara, pada 29 November 2010
- PHB juga akan memperbesarkan lagi skim AHP supaya setiap Bumiputera berpeluang melabur dan menjangkakan untuk menambah 50 peratus lagi saiz dana daripada jumlah sedia ada.
- Melalui skim pelaburan yang berlandaskan syariah ini, Bumiputera secara tidak langsung berpeluang memiliki pegangan dalam hartanah utama dan unit amanah ini diniagakan pada harga tetap RM1 seunit.
- Bagi memudahkan pelabur menjalankan transaksi AHB, PHB bekerjasama dengan Maybank sebagai saluran pengagihan dana untuk menawarkan unit pelaburan ini ke seluruh negara.
- Pelabur yang berminat boleh mengunjungi cawangan Maybank yang mempunyai kira-kira 400 cawangan di seluruh negara untuk membeli unit AHB.
Sumber: Harian Metro