Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

UNIT PENERAJU AGENDA BUMIPUTERA (TERAJU)




najiibpm2
Unit Peneraju Agenda Bumiputera atau dikenali TERAJU ditubuhkan oleh Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB)  dan dilancarkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak pada 8 Februari 2011. Objektif  utama ialah menerajui, mengurus serta memacu inisiatif  bagi terus memperkukuhkan agenda pembangunan bumiputera.










TERAJU terdiri daripada lima bahagian utama, setiap satu dipertanggungjawabkan untuk bidang berikut:

i.            Keusahawanan dan penciptaan kekayaan;
ii.           Pembiayaan;
iii.          Pendidikan dan Penggajian;
iv.          Penilaian Institusi & Instrumen Polisi; dan
v.           Pengurusan Stakeholder











Bagi memastikan pelaksanaan inisiatif Bumiputera yang efektif dan cekap, peranan TERAJU ditetapkan seperti berikut:

  • Memastikan hasil yang pantas dan efektif –  menilai semula inisiatif pembangunan Bumiputera yang sedia ada untuk memperkukuhkan keusahawanan Bumiputera, penyertaan di dalam pekerjaan berpendapatan tinggi dan pembangunan keupayaan untuk penciptaan serta pemilikan kekayaan;
  • Meningkatkan keberkesanan Institusi –  Menilai institusi-institusi yang terlibat dengan Agenda Bumiputera untuk merasionalisasikan fungsi-fungsi institusi berkenaan demi memastikan setiap institusi mempunyai mandat, tumpuan serta tahap kemahiran yang diperlukan;
  • Program Pengurusan dan Sokongan Aktif – TERAJU akan bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk mengenal pasti program-program baru, mengenal pasti serta menyelesaikan perkara yang mungkin menimbulkan masalah pelaksanaan, memberi cadangan kepada MTAB serta memantau status pelaksanaan.
  • Penilaian Keberkesanan – Memastikan aspirasi serta tumpuan kepada perkara yang perlu diberi fokus adalah jelas, iaitu penggajian, keusahawanan dan penciptaan kekayaan. Seterusnya TERAJU akan membuat penilaian impak ke atas inisiatif yang dilaksanakan serta memperbaiki strategi perlaksanaan, sekiranya perlu.







Fakta mengenai TERAJU
  • Diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Husni Salleh yang akan menerajui, menyelaras serta memacu penyertaan bumiputera melalui pelbagai inisiatif baru dan sedia ada.
  • TERAJU akan bekerjasama dengan agensi-agensi yang dikenalpasti bagi memantapkan inisiatif yang dilaksanakan, menilai program yang sedia ada serta menyelaraskan pelaksanaan program-program. Untuk lebih memahami isu-isu serta sentimen yang berkaitan,
  • TERAJU  akan sentiasa bekerjasama dengan pihak NGO serta stakeholder yang lain dan akan memberi cadangan yang bersesuaian kepada MTAB.
  • TERAJU  mula merancang, serta melaksanakan Program Transformasi Agenda Bumiputera (PTAB), mirip kepada Program Transformasi GLC yang diperkenalkan pada tahun 2004.
  • Sebuah makmal TERAJU akan beroperasi akhir bulan Februari 2011 dan mengambil masa enam minggu untuk menyediakan cadangan-cadangan tentang peluang ekonomi baru yang boleh disertai bumiputera dalam RMK-10.
  • Urusetia Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB) juga diletakkan di bawah TERAJU. Program SJJB ini merupakan salah satu agenda untuk mempertingkatkan kemampuan usahawan Melayu dalam bidang ekonomi khususnya dalam pemilikan ekuiti. Melalui SJJB, kerajaan ingin menambahkan lagi bilangan syarikat Bumiputera yang telah dan akan disenaraikan di Bursa Malaysia baik di papan Utama ataupun ACE. SJJB hari ini digerakkan oleh sebuah Urusetia di bawah Kementerian Kewangan
  • Teraju juga akan memastikan keberhasilannya dalam jangka masa pantas meliputi tindakan efektif yang boleh meraih kejayaan.
  • Pada tahun ini dijangkakan lima buah syarikat Bumiputera akan disenaraikan. Jumlah ‘market capitalization’ akan meningkat melebihi paras RM1 bilion pada tahun ini, dan diharap ini dapat digandakan kepada RM2 bilion pada pertengahan tahun hadapan.

Pencapaian Bumiputera










Sehingga hari ini,  terdapat lima syarikat Bumiputera di bawah skim ini yang telah pun tersenarai di Bursa Malaysia. Syarikat-syarikat tersebut iaitu :
  • Handal Resources Berhad,
  • Lityan Holdings Berhad (sekarang dikenali sebagai Theta Edge Berhad),
  • Malaysian Genomics Resource Centre Berhad,
  • Cypark Resources Berhad
  • Century Software Holdings Berhad



















Maklumat disunting daripada sumber :
•    http://www.pmo.gov.my
•    www.bernama.com
•    http://www.bharian.com.my
•    http://www.utusan.com.my