Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

DANA-DANA BELIA


DANA BELIA 1MALAYSIA
Dana Belia 1Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi peluang kepada anak muda atau golongan belia meningkatkan kreativiti dan potensi diri serta pada masa sama, berkongsi segala-galanya dengan masyarakat. dana itu akan menjadi pemangkin kepada generasi muda untuk menunjukkan kualiti kepimpinan seawal mungkin selari dengan gagasan 1Malaysia. Secara dasarnya, ia adalah satu idea yang perlu kita lakukan sebagai insentif kepada belia menjalankan projek pilihan mereka selagi ia selari dengan tema nasional 1 Malaysia.











Dalam Bajet 2011, kerajaan telah memperuntukkan RM20 juta untuk dana 1Malaysia bagi pembangunan belia. Dana tersebut diberikan kepada golongan belia berumur 15 hingga 40 tahun. Ia adalah satu cara bagi memperkasakan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Bagi cadangan projek atau program yang diadakan, ia perlu berteraskan kepada perpaduan, mempunyai kesan berganda terhadap penduduk yang diketuai oleh golongan belia.









PERNIAGAAN
Dalam aspek perniagaan, Program Pembangunan Usahawan Muda (PPUM) adalah juga merupakan satu inisiatif strategik TEKUN Nasional untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai golongan muda serta belia untuk mencebur diri dalam bidang usaha niaga dan perniagaan. Bagi melaksanakan program ini dengan lebih tersusun dan berkesan, pihak TEKUN Nasional akan mengenal pasti syarikat-Syarikat yang berpotensi untuk menyediakan peluang-peluang perniagaan (Business Opportunities) kepada para belia yang terlibat dengan program ini.











Syarikat-syarikat ini juga adalah merupakan Syarikat Rakan Strategik kepada TEKUN Nasional yang terlibat dengan Program Rakan Niaga serta Syarikat-Syarikat yang berpotensi dan kukuh yang akan bertindak sebagai pembimbing dan mentor. Menerusi Program ini, TEKUN Nasional dengan kerjasama Syarikat-syarikat Rakan Strategik tersebut akan menyediakan maklumat, peluang-peluang perniagaan, pinjaman modal, khidmat nasihat dan bimbingan, sokongan perniagaan serta jaringan usahawan kepada para belia yang menyertai program ini.









TEKUN Nasional juga akan bekerjasama dengan pihak Kementerian Belia dan sukan bagi menjayakan program ini. Adalah diharapkan semoga dengan pelaksanaan program ini maka lebih ramai golongan muda serta para belia dan golongan siswazah terutamanya dapat mencebur diri dalam bidang perniagaan dan seterusnya menjadi usahawan muda yang berpotensi dan berjaya.









TABUNG EKONOMI BELIA
Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) di bawah Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Ekonomi Belia adalah merupakan tabung amanah yang diuruskan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Ia bertujuan untuk memberi pinjaman perniagaan kepada golongan belia. Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) berperanan menyediakan dana pinjaman dan melantik institusi kewangan sebagai pengurus dana yang bertanggungjawab untuk memproses, mengeluarkan dan mengutip balik bayaran pinjaman.









SKIM BELIA NIAGA-I
Sementara itu, Skim Belia Niaga-I (SBN) juga disediakan kepada golongan belia. Ia adalah satu program di mana Kementerian Belia & Sukan (KBS) menawarkan pinjaman melalui peruntukan Tabung Dana Kumpulan Wang Amanah Ekonomi Belia kepada belia-belia yang berpotensi di dalam bidang-bidang keusahawanan dan perniagaan terpillih. Tujuan pembiayaan adalah untuk modal kerja (membeli bahan mentah), pembelian peralatan perniagaan, aset tetap atau tapak perniagaan di kalangan golongan belia.











PENDIDIKAN
Selain itu, dalam aspek pendidikan pula, kerajaan juga menyediakan biasiswa dan pinjaman kepada penuntut belia IPTA. Biasiswa merupakan bantuan pembiayaan di mana penerima tidak di perlukan untuk mengembalikan  bantuan yang diterima, dan kadang kala disyaratkan untuk bekerja dengan penaja. Agensi yang dipertanggungjawab untuk menaja biasiswa kepada penuntut IPTA ialah Jabatan Perkhidmatan Awam. Bagi pemegang biasiswa, mereka yang dipilih tidak perlu risau untuk membuat pembayaran balik. Cuma mereka yang dipilih menerima geran ini akan diikat dengan kerajaan dan segala ilmu dan kepakaran mereka akan digunakan untuk membantu pembangunan negara.












Berdasarkan statistik Jabatan Perkhidmatan Awam, dalam tahun 2011, dijangka sebanyak 1082 orang pemegang biasiswa bumiputera dan sebanyak 608 orang pemegang biasiswa bukan bumiputera menerima biasiswa daripada JPA.














Manakala pinjaman merupakan bantuan kewangan sementara di mana penerima perlu membayar kembali bantuan secara penuh atau sebahagian mengikut syarat yang telah ditentukan. Contohnya, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional disediakan kepada penuntut IPTA/IPTS yang memerlukannya.