Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Grafiti

grafiti3

UNIK...daripada kerja lakaran sehingga mewarna, semuanya menggunakan semburan cat

 


Grafiti atau lakaran pada dinding adalah perkataan diambil daripada 'graffito' yang berasal dari Itali dan membawa maksud 'lakaran'. Ia satu daripada cabang seni lukisan kreatif yang mempunyai nilai estetika tinggi dan sering dipelopori golongan muda. Grafiti berbeza dengan mural kerana ia menggunakan cat sembur berbanding mural yang dilukis dengan berus dan cat.

Di Malaysia, seni grafiti dikatakan mula bertapak pada akhir 1990-an tetapi pada waktu itu ia lebih dianggap sebagai vandalisme apabila pelukis menjadikan dinding bangunan dan tempat tumpuan awam sebagai medium lukisan. Kanvas  adalah dinding, tetapi tidak ada tempat khusus untuk mencurahkan kreativiti sehingga segelintir melakukannya secara tidak sah. Namun, tidak semua lukisan yang dilukis di dinding bangunan itu haram kerana sesetengah pemilik bangunan bersetuju premis mereka dihiasi lukisan grafiti. Penggiat seni ini biasanya melakukan rundingan terlebih dulu dengan pemilik bangunan sebelum melakukan 'contengan'. Menurutnya, mereka mahu mewujudkan situasi 'menang-menang' di mana pelukis dapat melepaskan gian untuk melukis dan pada masa sama pemilik bangunan dapat menghiaskan bangunan mereka dengan percuma.

Hasil lukisan grafiti di Malaysia dan Indonesia banyak perbezaannya, terutama daripada segi coraknya.Di Indonesia penggiat grafiti lebih cenderung menulis perkataan yang menggambarkan isi hati mereka, sedangkan di Malaysia lebih banyak melukis wajah atau pemandangan sebagai subjek. Di Malaysia, penggiatnya lebih kreatif kerana mereka tidak tertakluk pada lukisan berbentuk perkataan, sebaliknya menyampaikan sesuatu menerusi lukisan yang ada nilai kreativiti. Ini yang menarik mengenai grafiti di Malaysia kerana secara tidak langsung hasil lukisan itu dapat menyerikan lagi persekitaran.

Sumber: Harian Metro