Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Program Homestay

PROGRAM HOMESTAY     

Homestay adalah satu bentuk kemudahan tempat tinggal di mana pelancong akan dapat tinggal bersama keluarga tuan rumah yang dipilih dan berpeluang untuk berinteraksi serta mengalami cara hidup seharian keluarga berkenaan dan kebudayaan Malaysia secara langsung.





Program Homestay Malaysia dilancarkan pada tahun 1995 di Desa Murni, Kerdau, Temerloh, Pahang oleh Menteri Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Malaysia. Ia adalah satu program di bawah Pelan Induk Pelancongan Luar Bandar yang bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan masyarakat luar Bandar dalam sektor pelancongan.

Apakah Aktiviti-aktivitinya?

  • Kursus Kesedaran Homestay – kursus yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai konsep Homestay serta peluang yang wujud daripada program ini, dengan objektif untuk menarik minat masyarakat untuk menceburkan diri dalam program ini.

  • Kursus Asas Homestay – kursus yang dianjurkan oleh Institut Latihan Luar Bandar (INFRA) di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan juga Kementerian Pelancongan yang bertujuan untuk melatih peserta Homestay yang berdaftar untuk mengetahui cara-cara layanan, sambutan, pengendalian dan penyusunan aktiviti kepada pelancong yang tinggal di rumah Homestay.
     
  • Seminar Homestay – seminar yang bertujuan untuk menyalurkan maklumat terkini kepada peserta homestay yang telah beroperasi mengenai perkembangan serta perubahan industri pelancongan, citarasa pelancong dan kaedah pemasaran.
     
  • Perhimpunan Homestay Kebangsaan – satu perhimpunan homestay yang memberi peluang kepada peserta homestay untuk beramah mesra bersama penaung dan ahli persatuan, selain mendapatkan maklumat mengenai peluang latihan, insentif serta galakan baru yang diwujudkan oleh kerajaan untuk membantu peserta program ini.

Bagaimana Menyertai Aktiviti-Aktiviti Tersebut?

  • Peserta yang berminat boleh berhubung dengan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri masing-masing. Secara percuma.  Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada:

Koordinator Program Homestay Malaysia, Bahagian Pelancongan, Kementerian Pelancongan Malaysia