Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Aktiviti di bawah Program Ini

Aktiviti-aktiviti

Apakah aktiviti di bawah program ini ?



Kelab Pelancongan Pelajar
Sehingga kini terdapat sebanyak 1,344 kelab pelancongan yang telah ditubuhkan di sekolah-sekolah menengah di seluruh negara. Kelab-kelab ini akan menganjurkan aktiviti-aktiviti di peringkat sekolah serta berfungsi sebagai pusat penyaluran maklumat mengenai aktiviti 3P di Kementerian kepada para pelajar.



Seminar 3P – Seminar bertujuan untuk memberi pendedahan kepada guru dan pelajar mengenai faedah aktivitit pelancongan dan rekreasi. Ia bertujuan untuk menanam budaya melancong selain menggalakkan golongan pelajar tidak terlibat dengan gejala negatif. Peserta juga akan mendapat maklumat terbaru dan promosi serta pakej pelancongan istimewa daripada agensi-agensi pelancongan.



Kuiz Pelancongan Pelajar Peringkat Negeri dan Kebangsaan – Pertandingan ini diadakan setiap tahun dan terbuka kepada semua sekolah bantuan Kerajaan kecuali sekolah berasrama penuh. Pertandingan di peringkat daerah atau negeri akan diadakan bagi memilih wakil ke peringkat Kebangsaan. Pertandingan ini menawarkan pelbagai hadiah menarik termasuk ‘Piala Pusingan YB. Menteri Pelancongan Malaysia.