Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Tugas-Tugas dan Tanggungjawab Pegawai Kebajikan Masyarakat di bawah Akta ini

  1. Kesihatan dan kesejahteraan penghuni-penghuni dijaga dengan memuaskan;
  2. Daftar-daftar, rekod-rekod dan akaun-akaun di Pusat Jagaan diselenggara dengan betul;
  3. Kelengkapan yang cukup dan sesuai ada dibekalkan di Pusat-Pusat Jagaan;
    Pusat Jagaan diselenggara dengan baik iaitu keadaan binaannya dan tentang kebersihan dan sanitasinya.
  4. Langkah-langkah berjaga-jaga yang cukup ada di Pusat Jagaan iaitu terhadap pencegahan kebakaran dan kejadian lain yang berkemungkinan membahayakan nyawa atau kesihatan penghuni-penghuni.
  5. Surat rujukan terhadap setiap permohonan pendaftaran Pusat Jagaan, iaitu kepada pihak berkuasa tempatan, Jabatan Bomba dan Jabatan Kesihatan. (Ini adalah sebagai perakuan bahawa permohon telah mengemukakan permohonan di Jabatan kebajikan Masyarakat)
  6. Menjalankan pendakwaan berkenaan dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.
  7. Pusat-Pusat Jagaan mengikut peraturan-peraturan terutama sekali nisbah penjaga dengan penghuni seperti:
Kumpulan Nisbah Penjaga
Kanak-Kanak/Remaja
Dibawah umur 4 tahun 1:5
4 - 10 tahun 1:18
10 tahun ke atas 1:18
Orang Cacat

Cacat
1:10
Cacat Teruk/Terlantar
1:4
  1. Pengedali-pengendali Pusat Jagaan mematuhi peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 24 Akta Pusat Jagaan dan syarat-syarat yang dikenakan di bawah seksyen 7 Akta Pusat Jagaan 1993.
  • Pegawai Kebajikan Masyarakat diwartakan untuk melaksanakan Akta Pusat Jagaan.
  • Berpandukan Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994, Pegawai Kebajikan Masyarakat mengawasi serta menjalankan siasatan ke atas Pusat-Pusat Jagaan.
  • Pegawai Kebajikan Masyarakat diberikuasa pada bila-bila masa memasuki dan memeriksa mana-mana premis yang digunakan sebagai atau bagi sesuatu Pusat Jagaan untuk menentukan