Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Rancang Perbelanjaan Dari Muda Untuk Kesenangan Masa Hadapan- Tips Perbelanjaan Anak Anda

Adakah adik-adik merasa cemburu setelah mengetahui yang rakan adik-adik dapat membeli sebuah 'play station' (PS 2) atau pun sebuah kereta kawalan jauh? Dan ibu-bapa adik-adik pula merasa amat keberatan untuk membelikannya untuk adik-adik. Sebenarnya, adik-adik mampu memiliki barang-barang tersebut jika adik-adik pandai mengurus wang saku adik-adik dengan betul setiap hari.


Merancang Secare Berhemah

Adalah penting untuk adik-adik dan para remaja mempelajari bagaimana untuk berbelanja secara berhemah disamping dapat adik-adik menyimpan. Merancang kewangan secara berhemah jika diamalkan sejak muda akan dapat memberi keselesaan pada adik-adik sepanjang hayat. Apabila adik-adik meningkat dewasa, keperluan kewangan akan semakin bertambah bukan hanya tertumpu kepada membeli 'play station'. Adik-adik mungkin berkeinginan untuk pergi bercuti kesesuatu tempat yang menarik di dalam negeri. Selain daripada melancung, adik-adik juga ingin memiliki kereta atau rumah, membiayai pelajaran, menjaga ibu-bapa dan menyimpan wang untuk pesaraan. Sehubungan dengan itu, merancang kewangan secara bijak dapat memenuhi keperluan-keperluan ini.


Merancang Kewangan Tugasan Anda


Merancang kewangan adalah mudah dan merupakan salah satu tugasan dalam kehidupan adik-adik. Walaubagaimana pun, kegagalan adik-adik untuk melakukan tugasan ini akan mengakibatkan adik-adik tidak dapat mencapai matlamat/impian hidup adik-adik. Bertindaklah dengan bijak. Mintalah pertolongan dan nasihat daripada ibu-bapa bagaimana adik-adik boleh merancang perbelanjaan dengan bijak dan berkesan.

Kegiatan ini adalah penting oleh kerana jika adik-adik kekurangan pengetahuan dalam merancang kewangan semasa zaman kanak-kanak, boleh mengakibatkan adik-adik tidak mempunyai kemahiran kepenggunaan yang kukuh. Adik-adik akan melakukan pembaziran yang ketara apabila membeli sesuatu barang. Adik-adik seharusnya pandai menilai wang walaupun wang membolehkan adik-adik membeli banyak barang yang inginkan. Jauhkan dari amalan meminta ibu-bapa membeli sesuatu kerana mereka perlu pula berkerja keras semata-semata untuk menyediakan wang kontan untuk adik-adik berbelanja.

Belanja Mengikut Kemampuan


Kebanyakan adik-adik diberi elaun tetap atau wang saku oleh ibu-bapa. Adalah mustahak untuk ibu-bapa untuk memaklumkan kepada kanak-kanak tentang kegunaan elaun yang diberikan samada untuk membelanjakannya untuk membeli permainan, buku, pakaian atau perbelanjaan secara am. Adik-adik mesti diajar untuk berbelanja mengikut kemampuan. Adik-adik yang berbelanja berlebihan akan membebankan perbelanjaan seisi keluarga. Ada setengah daripada adik-adik pula akan meminjam daripada rakan-rakan atau mencuri untuk menampung perbelanjaan adik-adik. Tabiat-tabiat yang buruk ini mesti dijauhi.


Merancang Sebelum Mengguna


Perbelanjaan berhemah serta tabiat simpanan yang bijak adalah sangat penting dalam merancang kewangan. Apabila adik-adik pergi membeli belah, adik-adik perlu mengetahui beberapa strategi. Diantaranya ialah beli saja apa yang diperlukan dan jangan beli mengikut hati/nafsu. Buatlah perbandingan tentang harga dan kualiti barangan yang hendak dibeli. Tawar untuk mendapat pembelian yang lebih baik. Adalah sangat penting untuk membuat sedikit penyelidikan sebelum adik-adik membeli sesuatu barang. Maklumat tentang berbagai-bagai jenis barang boleh didapati dalam surat khabar, majalah dan internet. Apa yang diperlukan adalah sedikit usaha untuk mencari maklumat-maklumat tersebut. Setelah adik-adik melakukan ini, adik-adik perlu menanya diri sendiri samada adik-adik perlu berbelanja untuk barang barang ini.

Merancang merupakan satu aspek yang penting dalam menguruskan wang adik-adik. Jika perbelanjaan adik-adik melebihi elaun yang diberikan oleh ibu-bapa adik-adik, maka adik-adik perlu menilai tabiat pebelanjaan adik-adik. Dengan menyenaraikan barang-barang yang hendak dibeli akan dapat membantu adik-adik. Adik-adik perlu melihat senarai perbelanjaan dan memastikan bahawa perkara-perkara tersebut boleh dikurangkan atau tidak diperlukan langsung.


Merancang Dengan Buku Wang Saku


Salah satu alat yang boleh digunakan untuk menguruskan perbelanjaan adik-adik ialah dengan menggunakan Buku Wang Saku. Buku ini telah diperkenalkan olek kerajaan dibawah pengawasan Jawatankuasa Perancangan Kewangan. Jawatankuasa ini berhasrat untuk menggalakkan perbelanjaan secara berhemah. Dibawah program ini, Jawatankuasa ini bermatlamat untuk mengajar kanak-kanak tentang nilai wang. Wang memainkan peranan yang penting dalam kehidupan adik-adik. Adik-adik perlulah menggunakannya dengan bijak. Wang saku adalah wang yang diberi oleh ibu-bapa, penjaga, saudara mara atau lain-lain pihak kepada adik-adik untuk dibelanjakan. Oleh itu, wang ini hendaklah dibelanjakan dengan bijak dan bakinya bolehlah disimpan.

Diantara kelebihan mencatat perbelanjaan adik-adik dalam Buku Wang Saku adalah ia membolehkan adik-adik mengesan di mana penjimatan perbelanjaan dapat dilakukan dan baki wang dapat disimpan. Oleh itu, Buku Wang Saku adalah panduan merancang perbelanjaan setiap bulan.


Menjadi Ahli Kelab Kewangan Pelajar Sekolah


Persekitaran sekolah mungkin mempengaruhi bagaimana adik-adik merancang. Oleh yang demikian, menjadi ahli Kelab Kewangan disekolah boleh membantu adik-adik memupuk nilai merancang kewangan semasa muda. Kerajaan telah dengan aktifnya membuat promosi tentang penubuhan Kelab Kewangan di sekolah. Terdapat 1093 Kelab Kewangan diseluruh negara and institusi kewanganlah merupakan penggerak kepada penubuhan kelab ini. Adik-adik yang menjadi ahli kelab ini bukan sahaja dapat mengambil bahagian didalam aktiviti-aktiviti merancang kewangan, tetapi dapat menambah pengetahuan dalam bidang ekonomi, perniagaan, kewangan dan perbankan. Buat itu saja, menjadi ahli kelab kewangan juga ada keseronokannya. Melalui aktiviti-aktiviti yang di kendalikan oleh kelab seperti lawatan ke institusi kewangan, bank pusat, dan juga aktiviti-aktiviti kesenian bertemakan kewangan, permainan dan sebagainya, adik-adik akan dapat berinteraksi dengan rakan adik-adik. (Maklumat lanjut tentang Kelab Kewangan boleh didapati dimuka sebelah).

Walau pun memupuk tabiat merancang kewangan dikalangan remaja adalah penting, tetapi nilai-nilai penyayang dan sifat perkongsian patut di pelihara. Adalah tidak menjadi kesalahan untuk adik-adik untuk berkongsi sedikit makanan atau pun membeli hadiah dengan rakan adik-adik. Sesungguhnya perbuatan ini akan mengeratkan lagi silaraturahim dikalangan adik-adik dan rakan-akan adik-adik.   
 
Sumber:  http://www.duitsaku.com/index.php?ch=9&pg=85&thm=kidz&view=1