Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Sekolah Pendidikan Vokasional

Takrif Sekolah Pendidikan Vokasional

 Kursus lepasan PMR selama 2 tahun di Sekolah Menengah Teknik. Akan menduduki Peperiksaan SPM setelah tamat. Di antara jurusan yang ditawarkan ialah:

 sek-vkasional

1. Bidang Ketukangan Kejuruteraan

bgunan

  •     Elektrik
  •     Elektronik
  •     Amalan Bengkel Mesin
  •     Kimpalan dan Fabrikasi Logam
  •     Automatif
  •     Binaan Bangunan
  •     Penyejukan dan Penyamanan Udara

2. Bidang Ekonomi Rumahtangga

katering

  •     Katering dan Penyediaan Makanan
  •     Rekaan Fesyen dan Membuat Pakaian Seni Kecantikan
  •     Asuhan Kanak-Kanak
  •     Bakeri dan Konfeksioneri

3. Bidang Perdagangan

  • Pengurusan Perniagaan

4. Bidang Pertanian

pertaniaan

  • Hortikultur Hiasan


5. Kejenteraan Ladang

  • Pengurusan Ladang

Pendaftaran Sekolah Pendidikan Vokasional

Borang pendaftaran masuk sekolah boleh didapati daripada sekolah-sekolah yang berhampiran dengan tempat tinggal. Syarat-syarat berikut hendaklah dipenuhi bagi melayakkan diri diterima masuk ke sekolah ini:

  •  Warganegara Malaysia
  •  Pemohon Dari Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan


1.  Berada di Tingkatan 3 dan mengambil Penilaian Menengah Rendah(PMR)

1998 dan memenuhi syarat memasuki Tingkatan 4 tahun 1999.

 

Pemohon Dari Sekolah Bukan Bantuan Penuh Kerajaan

1.  Berada di Tingkatan 3 dan mengambil Penilaian Menengah Rendah    (PMR)   1998 dan layak memohon memasuki Tingkatan 4 di sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan.
2.   Dilahirkan dalam tahun 1982 atau selepasnya
3.   Tidak tertahan di mana-mana Tingkatan atau darjah terdahulu daripada tahun 1997.
4.    Bagi yang melalui Kelas Peralihan (Remove Class) hendaklah dilahirkan pada tahun 1981 atau selepasnya.
5.   Catatan: Pemohon kategori ini hanya akan dipertimbangkan sekiranya ada kekosongan tempat.
6.   Sihat tubuh badan dan tidak menghidapi penyakit.  
 

Sumber Maklumat: Kementerian Pelajaran