Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Sekolah Bestari


Sekolah Bestari adalah salah satu ‘flagship’ dalam Koridor Raya Multimedia (MSC) yang harus dilaksanakan menjelang tahun 2000. Menjelang tahun 1999 sebanyak 90 buah sekolah termasuk sekolah-sekolah Asrama Penuh dan sekolah pilihan harian biasa telah dipilih untuk melaksanakan Sekolah Bestari bukanlah satu kemewahan tetapi satu-satunya cara untuk maju ke hadapan.

Sekolah Bestari akan mmebawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar- kuat atau lemah, kaya atau miskin- mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi computer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam system pendidikan.

Tiga aspek penting harus ditangani dalam pelaksanaan Sekolah Bestari,

Pertama, menyediakn infrastruktur pelbagai media. Perkakasan akan merangkumi computer dan alatan berkaitan, peralatan siding video dan audio dan infrastruktur komunikasi. Perisian akan mengandungi pemproses perkataan, spresdsheet, perisian penjaringan, perisisna e-mail, browser internet, alat pengarang dan perisian latihan.

Kedua, aspek latihan. Latihan bagi guru-guru amat penting. Gabungan rapi antara latihan intensif dan kaunseling adalah perlu untuk membantu guru menyesuaikan diri dengan sekitaran baru. Ini penting untuk menghapuskan rasa tidak selamat dan tidak berguna yang akan timbul kerana anjakan paradigma yang radikal dalam perkaedahan dan peranan guru.

Ketiga, aspek bahan kursus. Bahan kursus yang baru, kemaskini, dan mencukupi perlu disediakan. Bahan kursus perlu diperkembangkan bagi semua mata pelajaran dan pelbagai jenis pelajar. Bahan kurusu perlu  mempamerkan cirri yang berikut: pukal disket yang lengkap, interaktif, mencabar daya kognitif pelajar, mengandungi penilaian kendiri, penyemakan bina dalam bagi input guru penyediaan bahan untuk pelajar yang lemah.

Konsep Sekolah Bestari

Pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menggubal konsep Sekolah Bestari berpusatkan pengajaran dan pembelajaran berpemikiran kritis dan kreatif. Teknologi sebagai penupaya menjadi komponen penting dalam konsep Sekolah Bestari apabila Projek Sekolah  Bestari diwujudkan sebagai satu daripada Aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia.

Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara menyeluruh dan segi pengajaran –pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk mebantu murid menghadapi cabaran Zaman Maklumat. Proses pengajaran –pembelajaran , iaitu proses berkaitan dengan kurikulum, pedagogi, pentaksiran, dan bahan pengajaran –pembelajaran , akan direka semula untuk membantu murid belajar dengan lebih berkesan dan cekap. Sekolah Bestari akan mendorong murid mengamalkan pembelajaran akses kendiri dan terarah kendiri serta mengikut kadar pembelajaran sendiri.

Pengurus Sekolah Bestari akan dapat menjalankan tugasnya dengan lebih cekap apabila fungsi utama berkaitan dengan pengurusan sekolah dikomputerankan. Selain itu, ibu-bapa, komuniti dan pihak swasta sebagai pihak yang berkepentingan akan memainkan peranan yang lebih aktif dalam menjayakan prestasi sekolah. Semua pihak akan sentiasa terlibat dalam peningkatan profesionalisme atau keilmuan berkaitan dengan pengurusan sekolah, pengajaran-pembelajaran dan sebagainya.


Objektif Sekolah Bestari

Obkektif Sekolah Bestari Malaysia adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan terdiri daripada yang berikut:

• Menghasilkan tenaga kerja yang berpemikiran dan celik teknologi
• Mendemokrasikan pendidikan
• Meningkatkan penyertaan pihak yang berkepentingan
• Memupuk perkembangan menyeluruh individu
• Memberi peluang untuk peningkatan kekuatan dan keupayaan individu


Syarikat Usahsama, Telekom Smart School Sdn. Bhd

Syarikat usahsama, Telekom smart school sdn. Bhd terdiri daripada (7) syarikat tempatan.
Selain itu tiga syarikat antarabangsa juga terlibat dalam Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bersepadu. Ketiga-tiga syarikat antarabangsa ialah seperti berikut :

• BT Multimedia (Malaysia) sdn. Bhd
• Electronic Data Systems IT Services (Malaysia) Sdn.Bhd
• NIIT Malaysia Sdn Bhd

Penyelesalan Bersepadu Sekolah Bestari

Komponen utama dalam Penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari yang akan disediakan dan dilaksanakan oleh Telekom Smart Sdn Bhd ialah yang berikut :

• Bahan Pengajaran-Pembelajaran dalam bentuk perisian kursus dan bahan bercetak untuk empat mata pelajaran yang berikut:
 
o Bahasa Melayu
o Bahas Inggeris
o Sains
o Matematik

• Sistem Pengurusan Sekolah Bestari yang terdiri daripada perisisan untuk fungsi pengurusan dan pentadbiran yang berikut:

o Governan Sekolah
o Pengurusan Hal Ehwal Murid
o Pengurusan Sumber Pendidikan
o Pengurusan Kewangan
o Pengurusan Sumber Manusia
o Pengurusan Sumber Luar
o Pengurusan Kemudahan
o Pengurusan Teknologi
o Pengurusan Asrama

• Infrastruktur Teknologi yang terdiri daripada perkakasan, perisian, perisian system dan peralatan bukan-IT

• Integrasi Sistem bagi memastikan kesepaduan yang berikut :

o Antara Sistem Pengurusan Sekolah, Bahan Pengajaran dan Pembelajaran dan infrastruktur Teknologi dalam Sekolah Rintis dan pusat Data.
o Antara proses dalam Sistem Pengurusan Sekolah,
o Antara proses dalam Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
o Antara Sistem Pengurusan Sekolah Bestari dan Bahan Pengajaran-Pembelajaran
o Integriti data dan persekitaran selamat
o Antara penyelesaian Bersepadu Sekolah Bestari dan aplikasi lain dalam Aplikasi Perdana projek Koridor Raya Multimedia.


Tempoh Projek Rintis

Tempoh Projek Rintis Sekolah Bestari, melalui kerjasama mi, ialah tiga (3) tahun mulai daripada tarikh tandatangan Perjanjian antara Kerajaan dan Telekom Smart School Sdn Bhd.


Rancangan Masa Depan

Sungguhpun Kementerian Pendidikan Malaysia mengalakkan semua sekolah yang lain untuk  menjadi sekolah bestari dengan mencari sumber kewangan dan kepakaran sendiri. Kementerian Pendidikan sedang juga merancang pelan induk bagi memastikan semua sekolah di Malaysia menjadi sekolah bestari secara berperingkat-peringkat.

sumber maklumat : http://malaysiakita.tripod.com/bestari.html