Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Sekolah Berprestasi Tinggi

sekprestasi_tggi

Kementerian pelajaran telah mengumumkan 20 buah Sekolah Berprestas Tinggi (SBT) membabitkan 10 buah sekolah berasrama penuh, empat sekolah menengah harian dan enam sekolah rendah seluruh negara.

Sekolah Berprestasi tinggi  ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa.
Sasaran utama Kementerian Pelajaran adalah untuk meletakkan semua SBT sebagai penanda aras dalam soal kecemerlangan pendidikan, supaya menjadi contoh dan teladan kepada semua sekolah di negara ini.

Senarai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang terpilih bagi 2010 adalah;

Sekolah Berasrama penuh

1. Sekolah Tun Fatimah (STF) Johor Bahru

2. Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) Seremban

3. Kolej Melayu Kuala Kangsar (KMKK) Perak

4. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya

5. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah

6. Kolej Tunku Kurshiah (TKK) Seremban

7. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang

8. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putera, Perlis

9. Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya

10. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka

 

Sekolah Menengah Harian

1. Sekolah Menengah Kebngsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya

2. Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur


3. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Kedah


4. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George, Pulau Pinang

Sekolah Rendah

1. Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara Kuala Lumpur

2. Sekolah Kebangsaan Zainab (2) Kota Baharu, Kelantan

3. Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr ismail, Kuala Lumpur

4. Sekolah Convent Kota Taiping, Perak

5. Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara Kuala Lumpur

6. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru