Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Resepi Ayam Pansuh Buluh

Resepi Ayam Pansuh Buluh

1. Buluh Lemang (Bukan buluh yang keras tu) kalau boleh yang besar (2inci lebih)

Bahan-bahan

1. Ayam (potong kecil-kecil) (1 ekor)

2. 6 Bawang Putih

3. 2 Bawang Merah(saiz besar)

4. 1 ibu jari Halia

5. ulam tepus ( hanya terdapat di Sarawak) jika mahu

6. Daun Kunyit 1 helai besar

7. Serai 2 batang (potong 2)

8. 1 atau 2 kiub ayam stock

9. Daun Ubi kayu

10. Air

11. Garam

Cara-cara membuatnya

1. Bahan-bahan 2,3,4,5 ditumbuk.

Jangan blend.. tak best.. kita nak yang tak hancur

2. Masukkan dalam ayam tadi. Gaulkan.

3. Tumbuk serai masukkan dalam ayam tadi jugak.

4. Koyakkan daun kunyit masukkan skali.. Lihat gambar atas.

5. Koyakkan daun ubi, Nak banyak atau sikit tu bergantung pada anda. Gaulkan semuanya

6. Masukkan stok ayam dan garam, stok ayam tu cairkan dulu

7. Masukkan semua bahan-bahan yang telah disebati bersama ayam ke dalam buluh dan ditutup dengan daun pucuk ubi yang diramas tutup permukaan buluh tersebut.

8. Bakar seperti membakar lemang

9. Siap, dimakan bersama nasi panas atau dimakan seperti suo ayan biasa.

Sumber: Ibu Mertua Fatimah Bt. Ibrahim dan Saidatulaini Bt. Mohamed Yusoff

Kemaskini sehingga: 5 April 2018