Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Faedah Untuk OKU Berdaftar Dengan JKM

Faedah yang akan diperolehi oleh OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang disediakan oleh pelbagai agensi di Malaysia.










Jabatan Kebajikan Masyarakat

1) Bantuan am;
2) Elaun Pekerja Cacat;
3) Geran Pelancaran;
4) Bantuan alat tiruan/sokongan;
5) Pusat Pemulihan Dalam Komuniti;
6) Institusi Penjagaan dan Pemulihan JKM;
7) Bengkel Terlindung;
8) Pendaftaran dan pengeluaran kad kenal diri OKU;
9) Khidmat Nasihat dan Kaunseling;
10) Bantuan bagi OKU yang Tidak Berupaya (BTB) akan mendapat bantuan kewangan RM150.00 sebulan; dan
11) Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPOKUT) akan mendapat bantuan kewangan sebanyak RM300.00 sebulan.








KESELAMATAN NEGARA

1. Jabatan Pendaftaran Negara
Pengecualian bayaran membuat MyKad dan carian daftar kelahiran dan kematian

2. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri/ Jabatan Imigresen
Pengecualian bayaran dokumen perjalanan (Pasport)












PENDIDIKAN

1. Kementerian Pelajaran:
a) Program Pendidikan Khas (Bahagian Pendidikan Khas);
b) Program Pendidikan Integrasi; dan
c) Elaun RM50.00 sebulan kepada pelajar Sekolah Rendah dan Menengah

2. Kementerian Pengajian Tinggi (Bahagian Biasiswa)
a) Bantuan Kewangan Pelajar OKU IPT
- Diberikan kepada pelajar OKU yang mengikuti pengajian peringkat tertiari (Diploma ke atas) secara sepenuh masa di IPTA, IPTS, politeknik dan kolej komuniti.
- Kadar bantuan kewangan sebanyak RM300.00 sebulan. Bayaran dibuat sekali berdasarkan tuntutan yang dibuat pada setiap semester melalui institusi pengajian.
- Maklumat lanjut di laman web:
http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/elaunOKU.php?m=3&navcode=NAV004&subcode=SUB005an, sara hidup, penginapan dan alat bantuan belajar.

b) Bantuan Kewangan Program Pendidikan Khas di Politeknik/Kolej/Komuniti
- Diberikan kepada pelajar OKU (kurang upaya pendengaran) yang mengikuti program pendidikan khas (sijil kemahiran khas) di politeknik terpilih.
- Kadar bantuan adalah RM3360/semester, mengambil kira bantuan yuran, sara hidup, penginapan dan alat bantuan belajar.

c) Saluran khas bagi pengambilan OKU di IPTA
- Pengambilan pelajar OKU dibuat menerusi saluran khas (tanpa perlu bersaing dengan kategori biasa) yang hanya berdasarkan kelayakan minima sahaja
- Penempatan universiti disesuaikan dengan kemudahan dan bidang yang disediakan oleh IPTA

3. Universiti Terbuka Malaysia
50% potongan yuran pengajian






hospitalroom2
KESIHATAN

Kementerian Kesihatan
Pengecualian bayaran rawatan perubatan:
- Bayaran wad kelas 3
- Bayaran pakar
- Bayaran ubat
- Hanya hospital kerajaan sahaja































PENGANGKUTAN

Kementerian Pengangkutan
1) Jabatan Pengangkutan Jalan
- Pengecualian Cukai Jalan
- OKU Fizikal
- Kereta, van, motosikal buatan tempatan sahaja

2) Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Semenanjung Malaysia
Kemudahan Pengangkutan Awam
- Potongan harga sebanyak 25% diberikan kepada OKU dan warga tua yang berumur 60 tahun ke atas bagi semua bas ekspress (mulai 20 Julai 2009)
- MAS 50% penerbangan domestik
- KTM 50% bagi semua kelas















KERJAYA

1. Kementerian Sumber Manusia/ Jabatan Tenaga Kerja
a) Kemudahan peluang pekerjaan
- Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3/2008: dasar 1% peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU
- Perkhidmatan pendaftaran pekerjaan secara online

b) Geran galakan perniagaan OKU
- Telah berniaga
- Usia 18 tahun ke atas
- Individu dan berkelompok
- Geran berbentuk one-off

2. Jabatan Perkhidmatan Awam
a) Pencen terbitan (Bahagian Pencen)
Anak penjawat awam yang telah meninggal dunia

b) Waktu bekerja anjal
Kemudahan kepada kakitangan awam untuk menguruskan kebajikan dan keperluan anak OKU














KOMUNIKASI

Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi/ Telekom Malaysia
Kemudahan Telekom Malaysia (TM) di bawah Pakej Penyayang
a) Percuma untuk sewa bulanan perkhidmatan talian telefon kediaman sahaja;
b) Percuma untuk panggilan ke Perkhidmatan Panduan Direktori Telefon (103); dan
c) Percuma untuk perkhidmatan telefon Kemudahan Tambahan samada Panggilan menunggu atau Pemindahan Panggilan

Syarat-syarat untuk melanggani kemudahan ini adalah seperti berikut:
1. Hanya layak kepada OKU yang berdaftar dengan JKM sahaja.
2. OKU warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
3. Jika pemohon OKU berumur kurang dari 18 tahun, mereka boleh memohon untuk mendaftarkan talian telefon atas nama ibu/bapa atau penjaga yang sah dan berumur 18 tahun ke atas dengan mendapat pengesahan yang bercop daripada JKM, jabatan kerajaan atau ketua kampung.
4. Pemasangan perkhidmatan telefon di bawah pakej ini hanya layak dipasang di premis kediaman dan dimana pemohon OKU tinggal.
5. Tempoh perjanjian perkhidmatan telefon bagi pendaftaran pakej ini adalah selama satu (1) tahun.
6. Kelayakan pakej akan terbatal sekiranya pelanggan baru atau sedia ada didapati melanggar syarat dan peraturan seperti yang dinyatakan.

















PENGECUALIAN/ PELEPASAN CUKAI

Kementerian Kewangan
1) Pengecualian duti impot alat ganti alat tiruan/ sokongan; dan
2) Pengecualian 50% duti eksais kenderaan OKU
- OKU Fizikal sahaja
- Ada lesen memandu yang khas
- Kereta nasional sahaja
- Tidak boleh pindah milik atau jual selama 10 tahun kecuali dengan kebenaran Kementerian Kewangan.
- Sebuah kereta setiap 10 tahun

Lembaga Hasil Dalam Negeri
Kemudahan dan galakan pelepasan cukai pendapatan:
1) Pelepasan cukai berganda kepada majikan yang melatih dan mengambil pekerja OKU.
2) Pelepasan cukai sebanyak RM5,000 kepada pembayar cukai yang mempunyai anak OKU.
3) Pelepasan cukai sehingga RM5,000 bagi membeli alat khas untuk kegunaan sendiri, anak atau ibubapa OKU.
4) Mulai 2005 pelepasan cukai diri sebanyak RM6,000 kepada OKU dan kepada pasangan OKU dari RM3,000 kepada RM3,5000.


















PERUMAHAN/BANGUNAN
Kementerian Kewangan (Syarikat Perumahan Negara)
Potongan harga 20% pembelian rumah.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Kadar sewa yang rendah.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/ Majlis Kerajaan Tempatan
Kod amalan akses bagi OKU:
- Bangunan baru wajib ada ram dan railings
- Laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda
- Lif khas dengan rekabentuk yang sesuai
- Tempat letak kereta, tandas khas dsbnya.


Faks; 03-2173 4594