Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Yayasan Pelajaran Mara

PENGENALAN


Skim Pembiayaan Pendidikan YPM ( dahulunya dikenali sebagai Skim Pinjaman Pendidikan YPM ) dengan singkatan nama SPIN diwujudkan bagi  menyediakan kemudahan pembiayaan pendidikan kepada pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), khususnya  Bumiputera dari keluarga yang berpendapatan sederhana.



Pelaksanaan SPIN bukan sekadar langkah untuk membela nasib pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dan sederhana  tetapi ia juga merupakan usaha dalam memberi dorongan dan sokongan kepada mereka yang memperolehi keputusan akademik  yang sederhana dan tidak mendapat tempat atau tawaran dimana-mana institusi pengajian tinggi awam (IPTA), dan juga tidak  memenuhi kelayakan untuk menyambung pengajian ke peringkat Diploma yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).



Kemudahan pembiayaan pendidikan yang disediakan dibawah SPIN membolehkan golongan pelajar ini berpeluang untuk  menyambung pengajian dengan mengikuti program / kursus pengajian diperingkat Sijil, Pra-Diploma, Sijil Kemahiran dan Asas  ( Foundation ) yang mana selalunya tidak mendapat tajaan atau tidak banyak kemudahan pembiayaan dari badan-badan penaja  utama atau sedia ada.


MATLAMAT
Skim ini diwujudkan dengan matlamat untuk :
1.    Memberi peluang dan membolehkan lebih ramai pelajar Bumiputera meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi;
2.    Mengadakan bantuan kewangan ke arah memperbaiki taraf pendidikan Bumiputera;
3.    Menyediakan kemudahan pembiayaan pendidikan dan peruntukan berkaitan untuk golongan berpendapatan rendah atau miskin bagi maksud membolehkan mereka meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.


PERMOHONAN PEMBIAYAAN
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON

1.    Pemohon mestilah seorang Bumiputera warganegara Malaysia.
2.    Pemohon mestilah telah menerima tawaran kemasukan atau sedang mengikuti pengajian di peringkat Sijil, Pra-Diploma,  Asas (Foundation), Matrikulasi, Sijil Kemahiran atau peringkat lain, dan di dalam bidang / kursus pengajian yang diluluskan  oleh YPM serta di institusi pengajian tinggi yang berdaftar di bawah SPIN.
3.    Pemohon mestilah daripada keluarga berpendapatan rendah dan memenuhi syarat status sosio ekonomi keluarga dengan  pendapatan tahunan adalah tidak melebihi RM80,000.00.
4.    Pemohon tidak menerima bantuan/pinjaman pendidikan dari mana-mana badan penaja / pihak.


TATACARA PERMOHONAN DAN KELULUSAN
1.    Melengkapkan Borang Permohonan Skim Pembiayaan dan Bantuan Pendidikan YPM, YPM/PEMB/SPIN/BR-01; Pind08. Sila rujuk PAKEJ PERMOHONAN : Panduan Mengisi Borang Permohonan, YPM/PEMB/SPIN/MK-01;PIND08.
2.    Permohonan mestilah dikemukakan kepada YPM melalui dan mendapat sokongan institusi pengajian berkaitan.
3.    Tarikh tutup permohonan adalah seperti berikut :


4.    Kelulusan permohonan adalah bergantung kepada penilaian YPM dan terhad kepada jumlah peruntukan tahunan yang ada.


PROGRAM / KURSUS PENGAJIAN
1.    Setiap program / kursus pengajian yang dibiayai MESTILAH telah mendapat akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia, (Malaysian Qualifications Agency, MQA), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia atau lain-lain badan pensijilan.
2.    Senarai Program / Kursus Pengajian yang berdaftar di bawah SPIN dan pelajar boleh memohon pembiayaan akan dikemaskini dari masa ke semasa, bergantung kepada permintaan dan keperluan semasa.
3.    Senarai institusi yang berdaftar di bawah SPIN ialah seperti dalam Jadual 1-A - SENARAI INSTITUSI  BERDAFTAR DI BAWAH SPIN.
4.    Senarai kursus pengajian berdaftar mengikut kategori kursus di bawah SPIN ialah seperti dalam JADUAL 1-B – SENARAI KURSUS PENGAJIAN BERDAFTAR DI BAWAH SPIN.


PENYALURAN PEMBIAYAAN
KADAR DAN SYARAT PENYALURAN PEMBIAYAAN

1.    Jumlah pembiayaan yang diberikan melalui SPIN adalah berdasarkan Yuran Pengajian sebenar dan tertakluk kepada kadar maksima seperti diluluskan oleh Lembaga Pengarah YPM.
2.    Kadar maksima pembiayaan yang ditetapkan adalah berdasarkan kepada situasi semasa dan akan disemak dan dipinda dengan kelulusan Jawatankuasa Pembiayaan dan Bantuan Pendidikan YPM serta perakuan Lembaga Pengarah YPM.
3.    Pembiayaan adalah HANYA bagi pelajar yang mengikuti pengajian sehingga TAMAT kursus pengajian yang diambil.
4.    YPM tidak akan membiayai pelajar yang tidak mengikuti pengajian sehingga tamat sama ada pelajar berhenti sendiri atau diberhentikan oleh institusi.
5.    Pembiayaan yuran pengajian akan disalurkan terus kepada institusi pengajian tinggi dan mengikut kadar sebenar Yuran Pengajian bagi kursus pengajian yang diikuti oleh pelajar dan tertakluk kepada kadar maksima pembiayaan yang ditetapkan oleh YPM.


KEMUDAHAN PEMBIAYAAN ELAUN SARA HIDUP
Kemudahan pembiayaan untuk elaun sara hidup bagi pelajar yang dibiayai di bawah SPIN disediakan bagi pelajar yang layak sahaja. Syarat permohonan kemudahan pembiayaan elaun sara hidup adalah berdasarkan pendapatan tahunan keluarga dengan kadar elaun seperti berikut :

1.Pendapatan keluarga Kurang daripada RM30 000

2. Kadar Elaun/Bulanan yang diberikan- RM300


sumber: http://www.ypm.org.my