Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Rumah Seri Kenangan












Jagaan dan Perlindungan
Ianya bertujuan bagi menjamin penjagaan dan keselesaan hidup penghuni dalam suasana aman dan tenteram. Keperluan asas yang mencukupi seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal disediakan dengan percuma. Peraturan makan dan minum adalah berasaskan kepada sukatan makanan yang diperakukan oleh Kementerian Kesihatan. Hidangan makanan juga mengikut menu yang telah ditetapkan berdasarkan persetujuan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia.

Kaunseling dan Bimbingan
Ianya bertujuan membantu penghuni mengatasi masalah emosi dan psikologi mereka. Kakitangan institusi seperti penguasa dan pembantu sentiasa mengadakan sesi kaunseling secara individu dan kelompok kepada warga tua.

Carapulih Kerja
Usaha ini diadakan supaya dapat memupuk semangat kepada penghuni bahawa mereka masih aktif dan produktif. Maruah dan peribadi dapat dikekalkan. Semua penghuni digalakkan membuat kerja-kerja harian seperti kraftangan, ternakan, barangan buluh, rotan dan sebagainya. Penghuni juga digalakkan supaya bergerak dan aktif agar mereka dapat menghindarkan diri daripada kesepian dan bosan.

Kemudahan Beribadat
Ianya bertujuan untuk memenuhi tuntutan rohaniah dan memberi ketenangan kepada penghuni. Penghuni digalakkan untuk beribadat mengikut agama masing-masing dan kemudahan seperti tempat ibadat dan guru-guru dapat memupuk kerjasama dan persaudaraan sesama warga tua.

Riadah
Sukan adalah sangat penting kepada warga tua supaya mereka sentiasa aktif dan sihat. Aktiviti ini diadakan pada masa lapang dan sebelah petang. Riadah juga dapat memupuk kerjasama dan persaudaraan sesama warga tua.

Rawatan Perubatan
Semua penghuni menerima rawatan di institusi ataupun di hospital berdekatan berdasarkan kepada jenis penyakit dan keperluan rawatan.

Lembaga Pelawat
Rumah Seri Kenangan mempunyai sebuah Lembaga Pelawat yang dilantik oleh Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat. Tanggungjawab Lembaga adalah membantu pentadbiran dan pengurusan pentadbiran dan perkhidmatan di institusi demi kebajikan penghuni.

Kemasukan
Beberapa kriteria digariskan kepada mereka yang layak memasuki Rumah Seri Kenangan, antaranya:
  • Daif dan berumur lebih daripada 60 tahun.
  • Tidak mengidap penyakit berjangkit.
  • Tidak mempunyai sanak saudara.
  • Tidak mempunyai tempat tinggal tetap.
  • Berupaya menjaga diri sendiri.
  • Atas perintah mahkamah:
    • Orang papa ( pengemis ) dan kuturayau untuk tahan sementara dan siasatan.
    • Dalam perjalanan sebelum dipindahkan ke Pusat Pemulihan Pengemis.
Rumah Seri Kenangan

Terdapat 9 buah Rumah Seri Kenangan di seluruh negara, antaranya ialah seperti berikut:

1. Rumah Seri Kenangan Bedong, Kedah.
2. Rumah Seri Kenangan Taiping, Perak.
3. Rumah Seri Kenangan Tanjung Rambutan, Perak.
4. Rumah Seri Kenangan Cheras, Selangor.
5. Rumah Seri Kenangan Seremban, Negeri Sembilan.
6. Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka.
7. Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin, Kelantan.
8. Rumah Seri Kenangan Johor Bahru, Johor.
9. Rumah Seri Kenangan Kangar, Perlis.

Apakah syarat-syarat kelayakan untuk mendapat bantuan ini dari JKMWPKL?
Syarat-syarat Kelayakan:

  • Warga tua berumur 60 tahun ke atas dan bermastautin di Kuala Lumpur
  • Tiada mata pencarian tertentu untuk menyara hidup.
  • Tiada keluarga atau mempunyai keluar yang tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan.

Berapa lamakah permohonan ini akan diproses?

  • Semua permohonan akan siap disiasat dalam tempoh 2 minggu ; dan
  • Keputusan permohonan akan dimaklumkan dalam masa satu bulan dari tarikh permohonan diterim

Apakah kadar bantuan bagi bantuan ini?

  • Kadar bantuan:
  • RM350.00 sebulan seorang.



Bahagian Perkhidmatan Warga Tua

Objektif

  • Membantu golongan tua yang memerlukan dari segi kewangan serta nasihat supaya dapat meneruskan kehidupan lebih bermakna.
  • Membenteras pengemis/kuturayau yang masih didapati berkeliaran di sekitar bandaraya.