Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)









Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ditubuhkan untuk menyelia, menyelaras dan meningkatkan pemasaran produk pertanian di Malaysia, termasuk mengawal aktiviti import dan eksport produk pertanian kecuali nenas, getah, minyak kelapa sawit, padi, beras dan tembakau; dan menyediakan kemudahan kredit untuk pemasaran produk-produk tersebut serta perkara-perkara berkaitan. FAMA adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada tahun 1965 oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Malaysia.


Wawasan



Untuk menjadi Sumber Rujukan Dalam Pemasaran Makanan dan Hasil Pertanian.

Matlamat



Untuk membentuk Rangkaian Pemasaran Makanan dan Pertanian yang Cekap dan Berkesan bagi Meningkatkan Nilai untuk Pengguna.

Membangunkan Sistem Maklumat Pasaran Berkesan



Maklumat berkaitan produk-produk di bawah bidang kuasa FAMA yang diperolehi daripada sumber-sumber primer dan sekunder akan dikumpul, dianalisa dan disebarkan kepada pengeluar, perantara pasaran, agensi kerajaan berkaitan dan orang awam. Sebahagian besar maklumat ini juga disediakan di laman web FAMA: www.famaxchange.org untuk kemudahan orang ramai.



Promosi Pasaran Luar Negara



Aktiviti promosi seperti pameran dalam kedai, penglibatan di ekspo dan pameran perdagangan, pengedaran bahan promosi, penghantaran sample cubaan dan pengiklanan dalam jurnal perdagangan juga dijalankan secara meluas untuk meningkatkan eksport produk Malaysia. FAMA juga melaksanakan usahasama dengan sector swasta dalam menjalankan promosi pasaran eksport jika berkesempatan.

Promosi Pasaran Domestik



Kempen-kempen dirumus, dirancang dan dilaksanakan untuk membantu mempromosikan buah-buiahan tempatan, sayur-sayuran, ikan air tawar, roselle dan produk lain.

Penglibatan Petani dalam Pemasaran



Para petani digalakkan menyertai aktiviti-aktiviti pemasaran dengan menjual produk mereka di Pasar Tani atau menjual secara pukal di Pasar Borong. Penglibatan mereka juga digalakkan di bidang-bidang seperti pengangkutan, penyimpanan dan pembungkusan secara persendirian atau melalui Pertubuhan Peladang.

Fokus Strategik FAMA

  1. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan rantaian bekalan
  2. Menjadi pembekal maklumat pasaran bertaraf dunia.
  3. Mendapatkan pengiktirafan jenama di arena antarabangsa dan menembusi pasaran yang lebih luas.
  4. Pembinaan keupayaan petani, usahawan dan pekerja.

Khidmat Nasihat dan Perundangan

Khidmat nasihat dan perundingan ditawarkan bagi memastikan para petani serta pengusaha kecil-kecilan dan sederhana mampu mengekalkan daya saing mereka. Melalui perkhidmatan ini, mereka dimaklumkan mengenai jenis-jenis produk pertanian yang diperlukan oleh pasaran. Perkhidmatan ini turut merangkumi pembungkusan, memasang label, penjanamaan dan pelbagai piawaian serta proses selepas tuaian yang releven. Kursus lanjutan, bengkel, lawatan tapak, demonstrasi, nasihat serta perundingan secara perseorangan, pengedaran risalah dan poster juga membentuk sebahagian daripada program lanjutan yang dijalankan oleh FAMA.

Penglibatan dalam Pertanian

Penglibatan FAMA dalam aktiviti perniagaan difokuskan kepada aspek pembangunan khususnya dalam membangunkan pasaran baru dan mewujudkan akses pasaran untuk produk pertanian. Aktiviti perniagaan dijalankan melalui pemborongan, jualan runcit dan eksport. Penglibatan FAMA juga adalah satu kaedah untuk mendapatkan maklumbalas pasaran dan mengenalpasti trend berkenaan produk pertanian yang sedang diniagakan.



Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:



Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA),

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia,

Bangunan Fama Point, Lot 17304,

Jalan Persiaran Satu, Bandar Baru Selayang

68100 Batu Caves, Selangor.

Tel: 03-61389622

Faks: 03-61383650 / 61385200

Emel: Alamat emel ini dilindungi daripada spambots, anda perlu membenarkan JavaScript untuk melihatnya Alamat emel ini dilindungi daripada spambots, anda perlu membenarkan JavaScript untuk melihatnya

Laman Web: www.famaxchange.org