Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Dasar Agro Makanan Negara


Dasar Agro Makanan Negara, yang akan dijalankan selama 10 tahun, telah diluluskan oleh Kabinet Malaysia pada 28 September 2011, dan telah menggantikan Dasar Pertanian Negara. Dasar ini diadakan untuk menangani isu bekalan makanan di Malaysia. Dengan dasar ini, ia memberi jaminan bahawa jumlah yang bekalan makanan mencukupi dan juga selamat untuk dimakan di negara kita.

Selaras dengan usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi, adalah dijangka bahawa Dasar Agro Makanan Negara akan meningkatkan pendapatan bagi golongan petani serta usahawan tani. Seterusnya, ia akan membolehkan perkembangan sektor pertanian sebagai  industri yang mantap dan berdaya tahan.

Dalam Belanjawan 2012 baru-baru ini, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah membangkitkan isu Dasar Agro Makanan Negara berkenaan dengan subjek kenaikan harga bekalan makanan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Beliau menyatakan bahawa sejumlah RM1.1 bilion telah diperuntukkan bagi sektor pertanian sahaja.
Dengan permulaan yang memberangsangkan kepada Dasar Agro Makanan Negara, adalah diharapkan bahawa masa depan cerah untuk industri asas tani.
Dasar Agro Makanan Perkasa Sektor Pertanian

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kini dalam peringkat akhir menggubal Dasar Agro Makanan bagi tempoh 10 tahun bermula 2011 hingga 2020. Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, jaminan bekalan makanan merupakan teras utama dalam penggubalan Dasar Agro Makanan yang turut merangkumi perancangan untuk membangunkan sektor agro makanan negara

“Buat masa ini, input-input awal telah diperoleh daripada pihak awam dan swasta termasuklah pandangan daripada ahli akademik, Persatuan Pengeluar, Persatuan Peladang, Persatuan Nelayan, Persatuan Pengeksport, syarikat berkaitan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai,” jelasnya. Sehubungan itu, katanya, Konvensyen Jaminan Bekalan Makanan menjadi platform utama bagi membincangkan dan merangka hala tuju strategik berkaitan jaminan bekalan makanan yang menjadi teras utama dalam Dasar Agro Makanan.

Berdasarkan Dasar Pertanian yang lalu, katanya, jaminan bekalan makanan menjadi salah satu objektif dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga. Namun, isu jaminan bekalan makanan tidak diberi penekanan dan hanya diberi perhatian serius selepas berlakunya krisis makanan dunia pada tahun 2008. Tambahan pula, ujarnya, Dasar Pertanian Negara Ketiga bagi tempoh 1998-2010 akan berakhir tahun ini manakala Dasar Pertanian Negara Keempat bagi tempoh 2011-2020 sedang dirangka oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Kedua-dua komponen dasar ini iaitu dasar sektor agro makanan dan dasar tanaman industri akan diselaraskan kelak oleh pihak Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri untuk dijadikan Dasar Pertanian Negara Keempat.

Kedua-dua komponen dasar ini iaitu dasar sektor agro makanan dan dasar tanaman industri akan diselaraskan kelak oleh pihak Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri untuk dijadikan Dasar Pertanian Negara Keempat.

Empat Faktor Tangani Cabaran Bekalan Makanan
Model Baru Ekonomi (MBE)menyasarkan untuk mencapai matlamat menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Keupayaan dan kemampuan untuk memastikan jaminan bekalan makanan dalam konteks MBE adalah satu cabaran besar kepada negara. Cabaran pada masa hadapan adalah untuk memastikan pengeluar mendapat pendapatan yang tinggi dan pada masa yang sama mengekalkan harga pada paras yang berpatutan kepada pengguna. Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggariskan empat faktor penggerak utama bagi menentukan Ini termasuklah penggunaan teknologi dan inovasi, perluasan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pembangunan modal insan berkualiti dan pening¬katan keberkesanan institusi.

Pada masa ini, katanya, lebih 50 peratus daripada pekerja sektor pengeluaran maka¬ nan merupakan pekerja asing. “Dengan memperkenalkan penggunaan mekanisasi dan automasi, bukan sahaja dapat mengurangkan keperluan penggunaan buruh, tetapi juga mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing,” katanya ketika merasmikan Konvensyen Jaminan Bekalan Makanan 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 27 Mei baru-baru ini. Beliau menyifatkan, dalam era inovasi dan K-ekonomi, pertanian semakin berintensif maklumat dan ilmu. Justeru, adalah penting untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi ICT di sepanjang rantaian nilai pengeluaran makanan. Sebagai contoh, sistem pertanian tepat (precision farming) di peringkat ladang berkembang dengan pesat bagi mengurangkan penggunaan input pertanian seperti baja, bahan kimia dan air serta menggalakkan pengeluaran pertanian yang mapan.

Dari segi keselamatan makanan pula, ICT sedang digunakan dalam sistem jejakan makanan (food traceability system). Aplikasi ICT juga pesat digunakan dalam pembangunan bioteknologi makanan seperti bidang bioinformatik, kejuruteraan proses dan pembangunan produk.“Projek ICT-Based Agriculture Flagship yang dibangunkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kelak dapat membantu meningkatkan pendapatan petani, penternak dan nelayan serta menjamin bekalan makanan. “Saya berharap supaya Agriculture Flagship dapat mempermudahkan perancangan dan pelaksanaan transformasi pertanian,” ujar beliau. Pembangunan sektor pertanian dan industri asas tani perlu bersifat holistik dengan mengambil kira kualiti sumber manusia.

Dalam konteks ini, kata beliau, penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran perlu dititik beratkan di kalangan petani, penternak, nelayan dan usahawan. Ini amat penting supaya mereka dapat menerima pakai penemuan-penemuan penyelidikan, melaksanakan langkah sanitari dan fitosanitari, melaksanakan amalan pertanian yang baik dan mengurus¬ sumber semula jadi secara mampan. Di samping itu, institusi yang terlibat dalam pertanian seperti Pertubuhan Peladang dan Persatuan Nelayan hendaklah menyelaras dan menggembleng pengusaha-pengusaha kecil ini supaya menjadi lebih progresif dan berdaya saing memandangkan mereka memainkan peranan pen¬ ting dalam pengeluaran makanan negara.

Selain meningkatkan pengeluaran, jaminan bekalan makanan juga berkait rapat dengan akses kepada makanan. Saluran pemasaran akan berubah pada masa hadapan iaitu dianggarkan 60 peratus daripada bekalan makanan akan dipasarkan melalui pasar raya besar (hypermarket) dan pasar raya (supermarket), seperti yang berlaku di negara-negara maju. Justeru, sistem pengurusan ladang dan rantaian bekalan yang lebih tersusun dan teratur perlu dibangunkan melalui pendekatan seperti perladangan kontrak dan kerjasama strategik antara pengeluar dan pemasar. Pada masa sama, lebih banyak pasar tani perlu diwujudkan untuk mengurangkan margin¬ pemasaran dan merapatkan rangkaian di antara pengeluar dan pengguna. Ini akan menentukan harga hasilan segar yang lebih berpatutan dan berdaya saing kepada pengeluar dan pengguna.

“Dengan strategi-strategi yang saya nyatakan tadi, ia dapat menjamin bekalan makanan¬ negara mencukupi. Bagaimanapun, bagi memastikan makanan¬ dikeluarkan secara selamat dan berkualiti, kita perlu mengamalkan sistem piawaian yang bertaraf antarabangsa. “Selain pematuhan piawaian seperti Codex Alimentarius, Global-Gap, ISO dan HACCP, kita juga boleh mengkaji dan membangunkan piawaian yang mantap berdasarkan konsep Halalan Toyyiban seperti mana yang diketengahkan dalam Islamic Quality Organization Management System dan Halal Accessories and Food Assurance System (HAFA),” katanya. Pengajaran daripada krisis bekalan makanan yang berlaku pada 2008 perlu diambil kira dalam perancangan pengeluaran bekalan makanan negara.

Sumber-sumber negara seperti tanah, air dan dana kewangan perlu diperuntukkan sewajarnya bagi menjamin bekalan maka¬ nan negara di tahap yang selamat dan selesa untuk memastikan sektor agro-makanan terus berkembang maju.


Dasar Jaminan Makanan Negara
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kini dalam peringkat akhir menggubal Dasar Agro Makanan bagi tempoh 10 tahun bermula 2011 hingga 2020. Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, jaminan bekalan makanan merupakan teras utama dalam penggubalan Dasar Agro Makanan yang turut merangkumi perancangan untuk membangunkan sektor agro makanan negara.

“Buat masa ini, input-input awal telah diperolehi daripada pihak awam dan swasta termasuklah pandangan daripada ahli akademik, Persatuan Pengeluar, Persatuan Peladang, Persatuan Nelayan, Persatuan Pengeksport, syarikat berkaitan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai,” jelasnya
Sehubungan itu, katanya, Konvensyen Jaminan Bekalan Makanan menjadi paltform utama bagi membincangkan dan merangka hala tuju strategik berkaitan jaminan bekalan makanan yang menjadi teras utama dalam Dasar Agro Makanan. Berdasarkan Dasar Pertanian yang lalu, katanya, jaminan bekalan makanan menjadi salah satu objektif dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga.

Sehubungan itu, katanya, Konvensyen Jaminan Bekalan Makanan menjadi paltform utama bagi membincangkan dan merangka hala tuju strategik berkaitan jaminan bekalan makanan yang menjadi teras utama dalam Dasar Agro Makanan. Berdasarkan Dasar Pertanian yang lalu, katanya, jaminan bekalan makanan menjadi salah satu objektif dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga.

Namun, isu jaminan bekalan makanan tidak diberi penekanan dan hanya diberi perhatian serius selepas berlakunya krisis makanan dunia pada tahun 2008. Tambahan pula, ujarnya, Dasar Pertanian Negara Ketiga bagi tempoh 1998-2010 akan berakhir tahun ini manakala Dasar Pertanian Negara Keempat bagi tempoh 2011-2020 sedang dirangka oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.
Kedua-dua komponen dasar ini iaitu dasar sektor agro makanan dan dasar tanaman industri akan diselaraskan kelak oleh pihak Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri untuk dijadikan Dasar Pertanian Negara Keempat.

Kabinet lulus Dasar Agro Makanan Negara 2011-2020

KUALA LUMPUR 3 Oktober 2011. — Dasar Agro Makanan Negara bagi tempoh 10 tahun bermula tahun ini hingga 2020 diluluskan Kabinet Rabu lepas, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar. Beliau berkata, antara lain dasar itu yang menggantikan Dasar Pertanian Negara, akan menumpukan kepada bekalan makanan negara yang bukan saja mencukupi tetapi juga selamat dimakan. Dasar ini juga bertujuan meningkatkan pendapatan golongan petani dan usahawan tani selaras dengan rancangan kerajaan untuk menjadi negara berpendapatan tinggi pada 2020, katanya, kepada pemberita di bangunan Parlimen, di sini hari ini. Noh berkata, dasar itu juga akan dijadikan panduan oleh sektor swasta dalam menjadikan industri agro makanan sebagai industri yang berdaya saing dan mampan. Katanya, industri agro makanan diunjur berkembang pada kadar 4.7 peratus setahun menjelang tahun 2020 dengan nilai ditambah meningkat kepada RM29.8 bilion.
"Nilai ditambah untuk industri asas tani dijangka meningkat daripada RM12.7 bilion pada tahun 2010 kepada RM20.8 bilion pada tahun 2020. "Eksport industri agro makanan dan asas tani pula diunjur meningkat daripada RM27 bilion pada 2010 kepada RM36.5 bilion pada tahun 2020,” katanya. — Bernama