Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

PERMOHONAN HALAL

HALAL : TAKRIF DAN CARA PERMOHONAN

Takrif

Halal berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan oleh Hukum Syarak. Takrif Halal mengikut Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan “Halal”) 1975 adalah seperti berikut:

 

Apabila digunakan berhubung dengan makanan dalam apa-apa juga bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan sebagai suatu perihal dagangan atau sebagai sebahagian daripada suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu, perbahasaan-perbahasaan ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau apa-apa perbahasaan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan bahawa orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan itu maka perbahasaan itu hendaklah mempunyai erti yang berikut, iaitu makanan yang berhubung dengan perbahasaan atau perbahasaan-perbahasaan itu digunakan:

·      Bukanlah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda dari binatang yang orang Islam dilarang oleh   Hukum Syarak memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;

·      Tidaklah mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum Syarak;

·      Tidak di sedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-apa alat yang tidak bebas dari benda-benda najis mengikut   Hukum Syarak; dan

·      Tidaklah dalam masa menyedia, memproses atau menyimpannya itu bersentuhan atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang   tidak memenuhi kehendak-kehendak perenggan (a), (b) atau (c) atau apa-apa benda yang dihukum sebagai najis mengikut Hukum  Syarak.

 

Prosedur Permohonan

 

Pemohon yang layak memohon Sijil Pengesahan Halal dikategorikan seperti berikut:

·       pengeluar/ pengilang produk (manufacturer/ producer);

·       pengedar/penjual (distributor/ trader);

·       pengeluar sub-kontrak (sub-contract manufacturer);

·       pembungkusan semula (repacking);

·       premis makanan (food premise); dan

·       Rumah sembelihan (abattoir/slaughter house).

 

Permohonan Sijil Pengesahan Halal bagi pasaran di peringkat nasional dan antarabangsa hendaklah memohon secara terus kepada Hab Halal, JAKIM melalui permohonan secara online di www.halal.gov.my

Permohonan Sijil Pengesahan Halal bagi pasaran di peringkat pasaran tempatan, permohonan hendaklah dipohon terus kepada JAIN/MAIN mana yang berkenaan.

Permohonan akan ditolak bagi perkara-perkara berikut:

·       Syarikat yang mengeluar dan mengedar produk halal dan tidak halal;

·       Produk yang tidak halal;

·       Bahan semula jadi yang tidak melibatkan sebarang pemprosesan;

·      Ubat-ubatan atau produk yang dikategorikan sebagai keluaran farmaseutikal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ;

·       Pewarna rambut (hair colour / hair dye);

·       Produk siap diproses (finish processed product) yang dikeluarkan di luar negara;

·      Produk yang menggunakan nama yang sinonim dengan istilah yang mengelirukan seperti bak kut teh dan sebagainya;

·      Baja dan makanan binatang;

 

Pemohon perlu mengisi borang yang bersesuaian:

·       Produk / Barangan Gunaan

·       Premis Makanan

·       Rumah Sembelih

 

Borang permohonan hendaklah lengkap diisi secara online dengan mengemukakan butiran-butiran seperti yang dikehendaki di dalam borang dan menyertakan sijil-sijil yang berkaitan, seperti berikut:

·       Profil syarikat;

·       Pendaftaran syarikat/perniagaan;

·       Nama dan keterangan produk / menu untuk disahkan;

·       Bahan ramuan yang digunakan;

·       Nama dan alamat pengeluar / pembekal ramuan;

·       Status halal bahan ramuan berserta sijil halal atau spesifikasi produk bagi bahan ramuan kritikal (jika berkaitan);

·       Jenis bahan pembungkusan;

·       Proses dan prosedur pengeluaran;

·       Lain-lain dokumen seperti HACCP, ISO, GHP, GMP, TQM dan sebagainya (Jika ada); dan

·       Peta lokasi premis / kilang.

 

Pemohon hendaklah menyediakan fail khas "Sijil Pengesahan Halal" untuk menyimpan dokumen-dokumen berkaitan dan boleh dirujuk apabila pemeriksaan dijalankan ke atas premis tersebut.

 

Maklumat lanjut layari www.halal.gov.my

Portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia