Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Polis Diraja Malaysia

Menyusuri sejarah awal peranan kepolisan Negara, ia telah bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka yang telah mewujudkan jawatan seperti Bendahara dan Temenggung yang bertindak sebagai pelaksana dan penguatkuasa undang-undang yang menjurus kepada undang-undang adapt atau undang-undang syariah.

Penubuhan institusi polis yang moden dan sistematik telah bermula di Pulau Pinang pada 25 Mac 1807 yang menjadi titik permulaan kepada lahirnya pasukan polis di Negara ini. Ketua Pasukan Polis yang pertama ialah Encik James Carnergy yang dilantik sebagi Sheriff bagi Prince of Wales Island (Pulau Pinang). Pasukan yang dianggotai sepenuhnya oleh anak tempatan ini telah menjadi perintis kepada pasukan polis di negeri-negeri lain.
Negeri Melaka telah menubuhkan pasukan polisnya pada tahun 1827. kedua-dua pasukan kemudian bergabung membentuk pasukan Polis Negeri-negeri Selat. Manakala pasukan Polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu pula telah ditubuhkan serentak dengan pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada 1 Julai 1896. Kapten H.C. Syers, Penguasa Polis Negeri Selangor telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang pertama.

Sementara itu, penubuhan pasukan polis Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu pula seperti negeri Johor, telah mula ditubuhkan pada tahun 1882 di negeri Kedah dan Kelantan pada tahun 1909 dan di negeri rengganu pada tahun 1914. di negeri Borneo Utara pulam pasukan Polis Sarawak ditubuhkan pada 1862 diikuti dengan Sabah pada tahun 1882.

Setelah Tanah Melayu bebas daripada pendudukan Jepun, pentadbir British yang mengambil alih pentadbiran di Tanah Melayu telah menggabungkan pasukan Polis Negeri-negeri Selat, pasukan Polis Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah pasukan Polis Malayan Union yang berpusat di Kuala Lumpur pada 1946.

Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1948, nama pasukan Polis Malayan Union ditukar kepada Polis Persekutuan Tanah Melayu dan diletakkan di bawah perintah seorang Pesuruhjaya Polis. Pada 16 September 1963, pasukan polis di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak dan Singapura telah disatukan dan dikenali dengan nama Polis Diraja Malaysia dengan diterajui oleh seorang Ketua Polis Negara.