Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Sukarelawan Polis

Sukarelawan polis merupakan satu cara yang baik bagaimana masyarakat mengambil bahagian dalam penguatkuasaan undang-undang serta memastikan keamanan dan keselamatan harta dan nyawa kawasan setempat. Ia bukan sahaja memberi ruang bagi mengeratkan hubungan di antara polis dan masyarakat malahan masyarakat akan turut menjiwai kehidupan sebagai seorang anggota polis. Kekosongan biasanya akan dihebahkan melalui akhbar tempatan atau media elektronik. Pengambilan akan dibuat oleh kontinjen-kontinjen apabila terdapat keperluan di daerah-daerah dibawah kontinjen berkenaan.



Elaun

Elaun Kehadiran Latihan Tempatan

  • Tuntutan elaun tidak melebihi 48 jam sebulan
  • Pegawai: RM4.35 sejam
  • Lain-Lain Pangkat: RM3.00 sejam


Elaun Pakaian (Pegawai sahaja)

  • Elaun Pakaian Seragam (sekali sepanjang perkhidmatan): RM300.00
  • Elaun Penyelenggaraan Pakaian Seragam (setiap tahun dibayar mulai tahun kedua) RM125.00
  • Elaun Pakaian Istiadat (5 tahun sekali) RM750.00


Syarat Permohonan



Bagi menyertai pasukan ini, seseorang pemohon itu perlulah memenuhi syarat-syarat berikut :-

  1. Taraf Kewarganegaraan-Warganegara Malaysia
  2. Umur-Tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun
  3. Ukuran badan- Lelaki - Tinggi 162cm (5' 4"). Lilitan dada 81cm/86cm (32"/34"). Berat badan 48kg. Wanita - Tinggi 152cm (5'). Berat badan 43kg
  4. Penglihatan & Pendengaran - Mempunyai penglihatan biasa dan pendengaran yang baik
  5. Kelulusan Akademik- Sekurang-kurangnya lulus SRP/LCE Pangkat A/B atau Pangkat C bagi tahun 1969 dan sebelumnya atau setaraf dengannya (salinan sijil hendaklah disertakan)
  6. Lain-lain kelayakan:-
  • Mempunyai pekerjaan tetap
  • Mendapat kebenaran Ketua Jabatan/Majikan untuk masuk berkhidmat
  • Bermastautin di dalam lingkungan 18km dari balai polis daerah yang dipohon
  • Bersih dari sebarang rekod Jenayah/Cawangan Khas
  • Tidak menjadi ahli/anggota lain-lain badan beruniform yang boleh dikerah tenaga di dalam keadaan darurat
  • Pekerja-pekerja dari kumpulan 'key personnel' seperti hospital, TNB, Telekom, pengawal keselamatan (Badan Berkanun/Kerajaan/Swasta) tidak layak memohon


Cara Memohon

  1. Semua permohonan hendaklah melalui borang khas yang boleh didapati dari balai polis daerah.
  2. Pemohon hendaklah mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan/Majikan.
  3. Borang permohonan hendaklah dihantar kepada Ketua Polis Negeri berkenaan (U/P: Komandan Sukarelawan Polis).