Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Program Khidmat Negara

Visi

Menjadikan sebuah organisasi yang terunggul dalam membantu remaja agar bersemangat waja. Berkeyakinan diri, setia kepada negara, sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran dan dugaan kearah memupuk kerjasama dan perpaduan di kalangan pelbagai kaum di negara ini.

Misi

Berhasrat menjadi organisasi utama yang membentuk generasi berdisiplin, setia kepada negara,bersemangat waja,berperwatakan positif dan cintakan perpaduan. Membuat kajian keberkesanan mengenai Program Latihan Khidmat Negara sejajar dengan objektif dan matlamat negara.

Objektif

Program Khidmat Negara akan dilaksanakan bagi mencapai objektif yang telah digariskan seperti berikut:-

  • Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda.
  • Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
  • Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
  • Menyemarakkan semangat kesukarelaan.
  • Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri.

Pelaksanaan


Dalam melaksanakan Program Khidmat Negara ini, beberapa aspek penting telah diambil kira iaitu seperti:-

  • Jangka masa latihan selama 3 bulan secara berkhemah dan berasrama.
  • Pelaksanaan telah dimulakan pada tahun 2004.
  • Kemudahan infrastruktur latihan dan kemudahan-kemudahan asrama seperti yang terdapat di kem-kem PLKN seluruh negara.
  • Implikasi kewangan.
  • Menghadkan kesan ke atas sistem pembelajaran yang sedang berjalan.
  • Guna tenaga dari segi kepakaran dan pengalaman.