Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Syarat-Syarat Untuk Memohon Lesen Agensi Persendirian

Mengikut Akta Agensi Persendirian, 1971:



(i) Lesen 2(a)



“Mengadakan pengawal dan perlindungan bagi keselamatan dari seorang lain atau bagi keselamatan harta atau urusan orang lain…”



(ii) Lesen 2(b)



“Mendapatkan dan memberi maklumat mengenai kelakuan, aktiviti-aktiviti atau hal ehwal seorang lain”

Kementerian Keselamatan Dalam Negeri telah menetapkan syarat permohonan lesen Agensi Persendirian di bawah Seksyen 3, Akta Agensi Persendirian 1971 bagi permohonan lesen 2(a) ataupun lesen 2(a) dan lesen 2(b) adalah mengikut syarat-syarat seperti berikut:

  1. Salinan kertas kerja perancangan perniagaan bersama biodata pemegang saham dan ahli lembaga pengarah syarikat.
  2. Salah seorang pemegang saham terdiri daripada sekurang-kurangnya bekas pegawai tinggi Polis DiRaja Malaysia atau Tentera DiRaja Malaysia yang berpangkat sekurang-kurangnya ACP atau Lt. Kolonel yang memegang 30% ekuiti saham syarikat.
  3. Hendaklah ditubuhkan syarikat Sdn. Bhd.
  4. Mempunyai modal berbayar sekurang-kurangnya RM300,000.00.
  5. Pegangan saham syarikat dimiliki oleh Bumiputra sebanyak 70%.


Bagi lesen 2(b) sahaja, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri telah menetapkan syarat-syarat seperti berikut:

  1. Salinan kertas kerja perancangan perniagaan.
  2. Salah seorang pemegang saham terdiri daripada sekurang-kurangnya bekas pegawai Polis atau Tentera yang berpangkat sekurang-kurangnya ASP atau Kapten yang memegang 30% ekuiti saham syarikat.
  3. Hendaklah ditubuhkan syarikat Sdn. Bhd.
  4. Mempunyai modal berbayar sekurang-kurangnya RM50,000.00.