Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Perlesenan Pemandu

Permohonan Ujian Lisan (Undang-undang Bahagian 1)



Permohonan untuk menduduki Ujian Lisan (Undang-Undang Bahagian I) boleh dikemukan di mana-mana Pejabat JPJ Negeri dan Cawangan sahaja.



Syarat-Syarat Permohonan:



1. Mestilah berumur 40 tahun ke atas.
2. Gagal ujian bertulis sebanyak 3 kali.




Dokumen yang diperlukan:



1. Borang Permohonan Lesen Memandu (JPJL1).
2. Kad Pengenalan/Pasport (asal/salinan).
3. Sijil Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (JPJL2A).
4. Kad Penetapan Ujian Memandu (JPJL3).
5. Surat Pengesahan daripada Pegawai Perubatan (jika cacat anggota).
6. Sijil Lulus Ujian Mata (huruf dan warna)




Bayaran:





RM10.00 untuk KAD JPJL3



Permohonan Ujian Bertulis (Undang-undang Bahagian 1)



Permohonan untuk menduduki Ujian Bertulis (Undang-Undang Bahagian 1) boleh dikemukan di mana-mana Pejabat JPJ Negeri, Pejabat JPJ Cawangan dan Pejabat JPJ Kecil.

Syarat-syarat Permohonan:

  1. Mestilah berumur 16 tahun.
  2. Telah mengikuti Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPPP) di Institut Memandu.



Dokumen yang diperlukan:

  1. Borang Permohonan Lesen Memandu (JPJL1).
  2. Kad Pengenalan/Pasport (asal/salinan).
  3. Sijil Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (JPJL2A).
  4. Kad Penetapan Ujian Memandu (JPJL3).
  5. Surat Pengesahan daripada Pegawai Perubatan 9jika cacat anggota).
  6. Sijil Lulus Ujian Mata (huruf dan warna)



Bayaran:




RM10.00 untuk KAD JPJL3

Permohonan Menduduki Ujian Undang-undang Jalan Raya Berkomputer Secara Online



Permohonan untuk menduduki Ujian Undang-Undang Jalan raya berkomputer secara online boleh dibuat melalui internet di website berikut:-

  1. www.eservices.com.my
  2. www.myeg.com.my
  3. www.rilek.com.my



Syarat-syarat Permohonan:

  1. Mestilah berumur 16 tahun.
  2. Telah mendaftar di e-services.


Telah mengikuti Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPPP) di Institut Memandu.




Bayaran:

  1. RM27.00 untuk ujian kali pertama.
  2. RM17.00 untuk ujian kali kedua.



Permohonan Lesen Belajar Memandu (LDL)



Permohonan untuk mendapatkan Lesen Belajar Memandu (LDL) boleh dikemukan di mana-mana Pejabat JPJ Negeri, Pejabat JPJ Cawangan dan Pejabat JPJ Kecil.



Dokumen-dokumen Yang Diperlukan:

  1. Borang permohonan Lesen Memandu (JPJL1).
  2. Kad Pengenalan/Pasport (asal/salinan).
  3. Sijil Kursus Teori dan Amali 6 jam (JPJL2B).
  4. Kad Penetapan Ujian.
  5. Sijil/Slip Keputusan Ujian Bahagian I.
  6. Gambar warna 1 keping (ukuran lesen memandu).
  7. Surat permohonan pengecualian Sijil JPJL2B (jika telah memiliki Lesen Memandu Kelas B2).
  8. Kad Pendaftaran Kenderaan Sendiri atau dengan kebenaran tuan punya bagi permohonan dari calon cacat (jika tidak memiliki kenderaan sendiri).


Bayaran:




1. Motosikal RM20.00/3 bulan.
2. Selain motosikal RM30.00/3 bulan.

Permohonan Tempahan Ujian Memandu Bahagian II dan III

Permohonan Tempahan Ujian Memandu Bahagian II dan III (meletak kenderaan/jalan raya) boleh dikemukakan di mana-mana Pejabat JPJ Negeri dan Pejabat JPJ Cawangan sahaja.





Dokumen-dokumen Yang Diperlukan:





Calon-calon mestilah lulus Ujian Undang-Undang Bahagian I dan mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut:-

  1. Kad Pengenalan/Pasport (asal dan salinan)
  2. Kad Penetapan Ujian Memandu (JPJL3) yang lengkap diisi oleh pemohon.
  3. Lesen Belajar Memandu (asal/salinan) yang masih berkuat kuasa.
  4. Borang SM4 yang lengkap.
  5. Sijil insurans dan Surat Kebenaran menggunakan kenderaan daripada Institut Memandu.



Makluman:





Bahagian II – Ujian mendaki bukit dan ujian meletakkan kenderaan.

Bahagian III – Ujian Memandu jalan raya.

Permohonan Lesen Vokasional





(GDL, PSV, KONDUKTOR)

Permohonan untuk mendapatkan lesen Vokasional GDL, PSV dan Konduktor boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPJ Negeri dan Pejabat JPJ Cawangan sahaja.



Dokumen Yang Diperlukan:

  1. Kad Pengenalan/Pasport (asal/salinan).
  2. Lesen Memandu Kompeten (CDL) asal.
  3. Borang Permohonan Lesen Vokasional JPJL8 yang lengkap.
  4. Resit bayaran pengesahan pemeriksaan kesihatan dari klinik.
  5. Sijil Kursus Vokasional (JPJL2C).



Bayaran:




Bayaran yang ditetapkan sebaimana Kadar Lesen Memandi dan diambil kira dari tarikh pertukaran lesen memandu.

Permohonan Tambah Kelas Lesen Belajar Memandu (LDL)

Permohonan untuk Tambah Kelas Lesen Belajar Memandu (LDL) boleh dikemukan di mana-mana Pejabat JPJ Negeri, Pejabat JPJ Cawangan dan Pejabat Kecil sahaja.

Dokumen Yang Diperlukan:

  1. Borang Permohonan Lesen Memandu (JPJL1)
  2. Kad Pengenalan/Pasport (asal/salinan).
  3. Sijil Kursus teori dan amali 6 jam (JPJL2B) bagikelas yang berkaitan.
  4. Gambar warna 1 keping (ukuran lesen memandu).



Bayaran:




RM5.00 untuk semua jenis kelas.

Permohonan Tambah Kelas Lesen Memandu Percubaan (PDL)

Permohonan untuk Tambah Kelas Lesen Belajar Memandu (LDL) boleh dikemukan di mana-mana Pejabat JPJ Negeri, Pejabat JPJ Cawangan sahaja.





Dokumen Yang Diperlukan:

  1. Borang Permohonan Lesen Memandu (JPJL1).
  2. Kad Pengenalan/Pasport (asal/salinan).
  3. Lesen Memandu Percubaan asal.
  4. Kad Penetapan dan Keputusan Ujian Memandu (JPJL3) yang berkuatkuasa (kurang dari satu tahun) untuk kelas baru.
  5. Gambar warna 1 keping (ukuran lesen memandu).



Bayaran:




RM5.00





Permohonan Tambah Kelas Lesen Memandu Kompeten (CDL)

Permohonan untuk Tambah Kelas Lesen Belajar Memandu (LDL) boleh dikemukan di mana-mana Pejabat JPJ Negeri, Pejabat JPJ Cawangan sahaja.





Dokumen Yang Diperlukan:

  1. Borang Permohonan Lesen Memandi (JPJL1).
  2. Kad Pengenalan/Pasport (asal/salinan).
  3. Lesen memandu (CDL) asal.
  4. Lesen Belajar Memandu (LDL) yang masih berkuatkuasa (kurang dari 1 thn)