Keretapi Tanah Melayu merupakan pengendali kereta api utama di Semenanjung Malaysia. Dahulunya ia dikenali sebagai sebuah agensi di bawah Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu, ia kini dikenali sebagai KTMB berikutan kesan kempen pengkorporatan yang diterajui kerajaan pada tahun 1992. Namun, KTM masih dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan. Sejarah sistem gerabaknya bermula sewaktu zaman penjajahan British, apabila laluan kereta api asalnya dibina untuk mengangkut timah. Tambang keretapi agak munasabah, namun kelajuan keretapi antarabandar (intercity) yang rendah di laluan sempit sering menyebabkan pengangkutan KTM kurang berdaya saing berbanding jenis pengangkutan yang lain.
Satu kereta api KTMB bandar dalaman berhenti pada stesen kereta api di Kuala Lipis, Pahang
KTM ANTARABANDAR
Stesen Seremban bertindak sebagai hentian KTM Komuter dan hentian KTM Intercity.
KTM mengendali beberapa perkhidmatan antarabandar di bawah jenama KTM Antarabandar (KTM Intercity). Kebanyakan perkhidmatan ini beroperasi dari Stesen Kuala Lumpur Sentral. Bagaimanapun, terdapat perkhidmatan keretapi ini yang hanya beroperasi sepanjang laluan Pantai Timur di antara Tumpat dan Gemas dan seterusnya menuju kepada Singapura. Terdapat satu perkhidmatan keretapi merentas sempadan yang beroperasi antara Butterworth dan Bangkok, Thailand.
Senarai stesen dan hentian KTM Antarabandar
Aliran Utara-Selatan
(Bersambung ke Thai Railway)
· Arau
· Taiping
· Ipoh
· Jalan Tapah di Tapah
· Rawang
· Kajang
· Seremban
· Pertukaran Gemas
· Segamat
· Labis
· Paloh
· Kluang
· Kulai (berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai)
· JB Sentral di Johor Bahru
· Tanjong Pagar di Singapura
Aliran Pantai Timur
· Pertukaran Gemas
· Bahau
· Teriang
· Mentakab
· Jerantut
· Dabong
· Pertukaran Pasir Mas
· Wakaf Baharu di Kota Bharu
· Tumpat
Aliran Rantau Panjang
· Pertukaran Pasir Mas
(Bersembung ke Thai Railway)
KTM KOMUTER
KTM Komuter merupakan perkhidmatan keretapi elektrik yang dilancarkan pada 1995, dan amat laris digunakan oleh komuter (pengguna kenderaan awam) yang bekerja atau tinggal di Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan sekitarnya, khususnya untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Kesemua kenderaan yang disediakan adalah canggih dan dilengkapi penyaman udara. Bagi yang memandu ke stesen atau hentian, kemudahan 'Park & Ride' disediakan pada kadar yang ditentukan.
Perkhidmatan KTM Komuter
Rangkaian sepanjang 153 km melalui 42 buah stesen dan dibahagi kepada dua aliran: Aliran Sentul-Pelabuhan Klang dan Aliran Rawang-Seremban.
Pertukaran antara kedua-dua aliran tersebut boleh dilakukan di stesen sentral Kuala Lumpur, stesen keretapi lama Kuala Lumpur dan stesen Putra. Di pertukaran KL Sentral dan Putra, penumpang perlu menaiki tangga atau eskalator untuk ke platform, manakala di stesen lama pertukaran boleh dibuat di platform yang sama.
KTM Komuter dipuji kerana telah membolehkan capaian lebih mudah ke pusat beli-belah dan pusat rekreasi. Pada 2004, stesen Mid Valley popular kerana dibina berdekatan Mid Valley Megamall. Stesen Subang Jaya pula berdekatan dengan Subang Parade dan cawangan Carrefour di bandar tersebut.
Penumpang yang hendak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ada pilihan untuk menaiki KTM Komuter ke stesen Nilai dan seterusnya menumpang bas pengantara ke lapangan terbang tersebut pada tambang RM2.50 bagi satu perjalanan.
Tiket komuter boleh dibeli di kaunter atau mesin menjual tikat yang disediakan di semua stesen.
PERKEMBANGAN REL DI MALAYSIA
Berikut adalah senarai pembangunan dan kerja penaiktarafan perkhidmatan rel yang lalu, sedang dijalankan dan masih dalam perancangan di Malaysia.
Perkembangan lalu
Pemuliharaan gerabak 327 km (Meter Gauge) dari Paloh ke Singapura dan dari Slim River ke Laluan Utama Seremban (1988-1994)- AS$ 70 juta
Penyediaan gerabak berkembar di laluan Rawang-Seremban (1990- 1994)- AS$ 62 juta
Penyediaan gerabak berkembar di laluan Kuala Lumpur-Pelabuhan Klang (termasuk spur line ke Subang Jaya dan Sentul) di Malaysia (1991-1994)- AS$ 66 juta
Perluasan terowong kereta api dekat Seremban (1994-1995)- AS$ 4 juta
Gerabak yang menghubungkan Pelabuhan Klang dengan Pulau Indah (1997-1999)-AS$ 4 juta
Pembinaan jambatan keretapi, jalan raya melalui atas jambatan dan laluan bawah tanah di bahagian Rawang-Kajang (1991-1994)- AS$ 6 juta
Pembinaan jambatan keretapi, jalan raya melalui atas jambatan dan laluan bawah tanah di bahagian Kajang-Seremban (1991-1994)- AS$ 16 juta
Pembinaan culvert gerabak keretapi dan box pushing di bahagian Nilai-Seremban (1994- 1995)-AS$ 4 juta
Pembinaan Pelabuhan Tanjung Pelepas - Johor rail link di Malaysia (1999- 2002)- US$ 121 juta
Pembinaan trek di stesen Kuala Lumpur Sentral (1999-2001)-RM 14.3 juta
Perkembangan semasa/masa hadapan
Projek pengelektrikan dan penyediaan gerabak berkembar sepanjang laluan Rawang-Ipoh 179km, akan memastikan KTMB dapat memandu keretapi pada kelajuan maksimum 160 km/j. KTMB berancang untuk menyediakan perkhidmatan antarabandar cepat, antara Ipoh dan KL Sentral untuk 16 perkhidmatan sehari dan seterusnya 32 perkhidmatan sehari. Projek ini, yang pernah dibelenggui masalah dan penundaan, dijangka siap menjelang awal 2008 dan bakal memotong tempoh perjalanan antara KL dan Ipoh ke 2.5 jam.
Kerajaan telah meluluskan secara prinsip rancangan KTMB untuk melaksanakan projek gerabak berkembar dari Taiping ke Padang Rengas, Perak.
Penaiktarafan Stesen Pulau Sebang/Tampin (2006) dan Ipoh
Pembinaan stesen keretapi JB Sentral yang dihubungkan dengan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di bawah projek Gerbang Selatan Bersepadu yang dijangka siap pada September 2006.
Adalah diharapkan agar pembinaan JB Sentral akan membolehkan KTMB untuk menawarkan servis Komuter yang kerap pada laluan Kulai-Senai-Kempas Baru-JB-Singapura. Peruntukan ini dijangka akan menjadi menarik di kalangan penumpang Singapura yang menaiki pesawat penerbangan Air Asia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, kargo dan juga warga Johor yang bekerja di Singapura. Laluan Kulai/Senai ke JB memerlukan gerabak berkembar untuk membolehkan perkhidmatan Komuter ditawarkan.
Stesen Kempas Baru akan dijadikan pertukaran antara laluan Kulai-Senai-Plentong-Pasir Gudang dan laluan Kulai-Senai-Johor Bahru-Singapura.
Terminal transit rel juga dirancang oleh Lapangan Terbang Senai dari 2007-2010. Ini akan menghubungkan Senai ke bangunan CIQ baru dan dijangka siap menjelang 2007.
Senai akan menjadi hab logistik, kargo dan penumpang dengan pelengkapan perkhidmatan rel di antara Pelabuhan Tanjung Pelepas dan pelabuhan Pasir Gudang oleh KTM iaitu hubungan udara, laut dan rel.
Cadangan membuka semula landasan kereta api dari Pulau Sebang - Bandaraya Melaka dan Mentakab - Kuantan menerusi Rancangan Malaysia ke 10
PEMODENAN
Semenjak pengkorporatan KTMB, program pemodenan sedang dijalankan, namun projek bercita-cita tinggi pengelektrikan dan penggandaan gerabak di sepanjang laluan keretapi Pantai Barat Semenanjung Malaysia telah ditunda sehingga arahan selanjutnya dikeluarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Kerja penaiktarafan laluan Rawang-Ipoh masih dijalankan, namun telah diganggu oleh penundaan akibat perselisihan kontrak dan tidak dijangka siap sebelum 2007. Setelah siap, KTM dijangka menyediakan perkhidmatan antarabandar yang lebih kerap (16 keretapi sehari) pada kelajuan 160km/j.
Tren elektrik kelajuan tinggi dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru juga dirancang di bawah SJER. Di samping lebuh raya, pengangkutan rel wajar turut dinaiktaraf dan dimodenkan untuk melengkapkan sistem pengangkutan Malaysia. Stesen KTMB Tampin juga dikenali sebagai Stesen KTMB Pulau Sebang kerana kedudukan stesen KTMB Tampin berada dalam negeri Melaka yang lebih dikenali sebagai Stesen KTMB Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka.