Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Permainan Sukan Dalaman (Indoor Games)

Futsal

Futsal ialah salah satu daripada sukan versi bolasepak yang diiktiraf oleh FIFA (Federal International of Football Association). Perkataan Futsal berasal daripada Portugis (futebol de Salao) dan Sepanyol (futbol sala) yang mana kedua-duanya membawa maksud hall football.

Futsal dimainkan oleh dua pasukan yang mengandungi lima orang pemain, termasuk penjaga gol. Setiap pasukan boleh mempunyai sebilangan pemain gantian. Gelanggang futsal dibatasi dengan garisan dan jaring. Peraturan FIFA telah menarik minat orang ramai kepada permainan futsal ini. Kebanyakkan negara mempromosikan sukan futsal ini sebagai sukan tidak formal yang membentuk pasukan lima-sebelah.

 

futsal

Futsal

Gimnastik

Gimnastik adalah merupakan jenis sukan terakhir yang ditekankan di dalam sukan teras Negara.Sukan ini biasanya hanya disertai oleh golongan remaja yang berusia di dalam lingkungan belasan tahun.

Seperti acara sukan yang lain, sukan ini juga dilakukan secara individu ataupun berpasukan.Dari segi pemarkahan pula,ianya adalah subjektif di mana jumlah markah adalah berdasarkan kepada penilaian pengadil.

Antara tokoh di dalam sukan ini ialah puteri gimnas Negara 2004 Duratun Nashihin Rosli yang banyak menyumbag emas kepada Negara di peringkat antarabangsa terutama sukan Sea. Kejayaan manis Negara dalam acara sukan gimnas adalah pada sukan komenwel 1998 apabila meraih satu emas dalam acara gimnas berirama berpasukan.

Selain itu aktiviti yang berkaitan sukan juga banyak telah mengharumkan nama Negara. Antara nama –nama tersebut seperti Datuk Azhar Mansur,perahu layar yang mengelilingi dunia secara solo, Datuk Malik maiden, renang yang mana merentasi Selat Inggeris. Indivividu-individu ini telah menyahut cabaran Malaysia Bileh dan telah menaikan nama Malaysia di peringkat dunia.

gimnas2

 Salah satu aksi menarik dalam sukan gimnastik

Renang

Seperti mana olahraga,sukan renang juga terdiri daripada beberapa acara di dalamnya seperti acara 100 meter renang gaya bebas,gaya kuak lentang serta acara terjun papan anjal ataupun platform. Sukan renang ini boleh secara individu,kuartet ataupun berpasangan mengikut jenis acara yang mereka sertai.

Lee Mun Yee,Daniel Bego,Alex Lim,Daniel Bego dan Brian Nickson Lomas adalah merupakan tokoh di dalam acara renang. Malaysia juga telah melahirkan ratu renang Negara yang boleh dikatogerikan lagenda iaitu Nurul Huda Bahrain yang pernah memungut lapan pingat emas di sukan Sea Kuala Lumpur 1989.

foto-2

Nurul Huda memenangi acara renang pada Sukan SEA 1989.

Skuasy

Skuasy adalah merupakan acara sukan terbaru yang berjaya menaikkan nama Negara kita di persada antarabangsa. Sukan ini dimainkan oleh dua orang pemain perseorangan. Mata bagi permainan ini ialah setakat 11 mata dan akan dimainkan dalam beberapa set.

Pencapaian negara kita di dalam sukan ini memang cemerlang di mana contohnya Nicole Ann David telah berjaya mencipta sejarah menjadi pemain nombor satu dunia setelah berjaya memenangi beberapa kejohanan utama pada tahun ini. Antaranya ialah kejohanan Terbuka Malaysia, menjadi wanita pertama Asia memenangi terbuka British dan terbaru memenangi kejuaraan dunia di Hong Kong. Antara anak watan Malaysia yang berjaya di dalam sukan ini ialah Nicole Ann David dan juga Kenneth Low.

nicol

Nicol Ann David melangkah penuh bergaya dalam set setiap perlawanan skuasy.

Bowling

Sukan Bowlingjuga merupakan antara sukan yang popular di negara kita. Sukan ini boleh dimainkan sama ada secara perseorangan atau pun secara berpasukan yang terdiri daripada empat dan tiga orang(trio).

Sukan ini juga sememangnya telah menjadi pengharum nama Negara di mana atlit-atlit negara telah pun berjaya mendapat pingat untuk Negara kita di kejohanan antarabangsa seperti di sukan Asia, Komenwel dan sukan Sea. Kejayaan paling manis bagi kontijen Bowling Negara ialah meraih dua emas di sukan Asia di Busan.Tokoh di dalam permainan ini ialah seperti Shalin Zulkifli yang bakatnya talah pun diasuh semenjak kecil lagi.

boling

Bowling

Badminton

Selain daripada bolasepak,sukan badminton juga adalah merupakan jenis sukan yang boleh dikategorikan sebagai sukan tradisi yangdimainkan di Negara kita. Boleh dikatakan Malaysia antara kuasa Badminton dunia yang setanding dengan nama-nama besar dalam sukan ini seperti China, Indonesia dan Korea.

Sukan ini dimainkan oleh dua orang pemain bagi permainan perseorangan dan empat orang bagi permainan beregu.Pengadil bagi sukan ini pula dinamakan “umpire”.Manakala garisan gelanggan akan dijaga oleh empat orang yang di namakan penjaga garisan.Jumlah mata bagi acara lelaki ialah 15,manakala bagi acara perempuan pula ialah 11 mata.Adakalanya ianya akan dilanjutkan mata iaitu “deuce”.Terdapat dua set bagi setiap perlawanan dan ianya akan berlanjutan ke set ketiga jika jika kedua-dua belah pihak sama-sama memenangi setiap satu set.

Sukan ini sememangnya telah menjadi pengharum kepada nama negara kita sejak dahulu lagi.Negara kita telah memenangi beberapa kejohanan yang berprestij di dunia seperti Piala Thomas dan juga pingat perak di Sukan Olimpik, emas di sukan Asia dan juga Sukan Sea.

Ada beberapa nama besar di dalam sukan ini.Antaranya ialah adik-beradik Sidek iaitu Jalani,Misbun,Razif dan Rashid.Sekarang ini juga terdapat beberapa orang pemain muda yang sedang meningkat naik seperti Lee Chong Wei dan Hafiz Hashim.

badminton

Badminton

Ping Pong

Ping Pong mula diperkenalkan di England diakhir tahun 1800an. Pada awalnya sukan ini juga dikenali sebagai gossima, flim-falm atau ping-pong.

Sukan ini telah hilang kepopularannya sehinggalah beberapa kumpulan sekitar Eropah menamakanya semula sebagai table tennis dalam tahun 1920an. Tidak lama kemudian, sukan ini semakin popular sehinggalah ke Jepun dan negara Asia yang lain.

Negara Jepun telah mendominasi sukan ini sekitar tahun 50an dan 60an, kemudian China juga menyertainya. Dalam tahun 1980an sukan ini telah menjadi salah satu sukan yang dipertandingkan dalam sukan Olimpik dan negara-negara lain seperti Sweden and Korea Selatan juga menyertainya sebagai pasukan pilihan.

pingpong2

Ping pong permainan yang memerlukan stamina yang kuat

Foosball

Ia mengandungi 8 rod dan pepatung table soccer dengan sebiji bola bersama-sama dengan beberapa pemegang. Terdapat dua goal dikedua-dua penamat. Setiap pemain menggunakan pemegang yang disediakan untuk menggerakkan “orang/pemain” dan cuba untuk menjaringkan goal yang terletak dipihak lawan.

Bola Keranjang

Bola Keranjang  merupakan sukan yang popular masakini. Ianya merupakan sukan dimana dua pasukan yang mengandungi lima pemain dalam satu pasukan cuba mendapatkan mata dengan memasukkan bola ke dalam jaring lawan masing-masing.

Disruptive physical contact (foul) adalah tidak dibenarkan dan terdapat beberapa peraturan yang mesti dipatuhi dalam penghantaran bola kepada rakan sepasukan (violations). Bola keranjang telah berkembang kepada pengunaan teknik shooting, penghantaran, dribbling dan sebagainya.

Karom

Karom merupakan salah satu sukan “tabletop”. Ianya sesuai dimainkan tatkala berada dirumah dan sesuai kepada peringkat umur kanak-kanak hinggalah kepada peringkat dewasa. Ianya amat mudah untuk dimainkan. Permainan ini dimainkan diatas sekeping papan lacquered yang biasanya berukuran 29 inci persegi. Tujuan permainan ini adalah untuk memasukkan sembilan “carrommen” kedalam lawan masing-masing.

Dart

Dart ialah sejenis permainan yang telah wujud sejak lama dahulu. Ia merupakan permainan yang popular yang mengutarakan percantuman bakat, skill dan “nasib”. Dart berasal dari Longbow, England. Set-up papan dart ini agak mudah, tetapi peraturannya agak ketat supaya keselarasan boleh di buat dengan lebih terperinci. Keselamatan adalah penting dalam permainan darts kerana ianya boleh merbahayakan sekiranya tidak dikendalikan dengan baik.

Billiards

Billiards/Pool merupakan sukan indoor yang dimainkan diatas meja menggunakan sebatang kayu atau cue stick. Ianya digunakan untuk menggerakkan bola disekeliling meja tersebut dan dimasukkan kedalam lubang-lubang yang disediakan untuk memperolehi mata yang tertentu.

Billiard berasal daripada perkataan Perancis “billart” yang bermaksud kayu, secara praktikalnya sama dengan sukan golf. Pool datang dari perkataan poolrooms dimana orang-orang berjudi secara “off- trek” dalam lumba kuda.  Oleh kerana biasanya “rooms” yang digunakan menggunakan meja billiards, maka pool menjadi sinonim dengan billiard. Kini istilah pool and billiard pocket  digunakan secara meluas dan ianya  merujuk kepada perkara yang sama.