Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Sukan Lasak (Ekstrim)

Go-Kart

Sukan go-kart bukanlah satu perkara baru dalam arena sukan di negara kita. Sukan ini tidak lagi terpinggir malah semakin hari pelbagai perubahan dilakukan bagi meninggikan lagi mutu penciptaannya di samping memenuhi saingan perlumbaan go-kart yang semakin mencabar. Namun begitu, dalam merekabentuk sebuah go-kart yang lebih murah dan mudah ternyata Malaysia masih lagi ketinggalan.

Rekabentuk go-kart yang akan direka ini adalah salah satu usaha bagi melihat kemampuan generasi rakan muda abad 21 di setiap Institut Pengajian Tinggi di negara kita dalam menghasilkan sebuah prototaip go-kart yang mempunyai rekabentuk tersendiri yang mesti memenuhi setiap syarat yang telah di gariskan oleh pihak penganjur.

Prototaip go-kart yang dibina ini bukan sekadar untuk kegiatan riadah tetapi untuk dijadikan asas kepada perlumbaan sukan bermotor. Proses pembuatan prototaip go-kart ini mempunyai pelbagai proses sebelum sebuah prototaip yang dikehendaki itu dicipta. Beberapa aspek perlu diambil kira antaranya adalah penyediaan methodologi rekabentuk berdasarkan pertandingan rekabentuk terkini yang sedia ada di pasaran. Perbandingan ini adalah berkaitan dengan rekabentuk dan pembinaan rekabentuk itu sendiri. Seterusnya pemasangan , pengubahsuaian, ujipandu serta pengubahsuaian semula perlu dilakukan sebelum ciri-ciri kesempurnaan sebuah go-kart yang sebenar dihasilkan.

go_kart

Go Kart semakin menjadi tarikan kepada golongan remaja.

Terjun Bungee 

Ia juga dikenali sebagai Bungee, Bungy, Bunjee, Le Benji or Suicide Practice dan ianya semakin digemari dewasa ini, khususnya para belia.

Perkataan “bungee” mula diperkenalkan sekitar tahun 1930 dan nama tersebut digunakan untuk getah pemadam. Menurut A.J Hackett, Bungee ialah slanga orang New Zealand untuk tali elastik.

Meskipun bahaya besar boleh dihadapi dalam terjunan yang terlalu tinggi tersebut, beberapa juta penerjun bungee telah berjaya dalam aktiviti tersebut sejak tahun 1980an lagi.

Malangnya kadar eksiden dalam sukan lasak ini terlalu tinggi dan amat mengerikan. Salah satu kesilapan yang sering mengakibatkan kemalangan ialah menggunakan tali yang terlalu panjang. Tali hendaklah lebih pendek daripada ketinggian platform untuk memberi ruang kepada tali untuk meregang dan menjadikan penerjunan selamat.

bungee2

Terjun Bungee aktiviti lasak yang mencabar

Paintball

Paintball ialah sejenis sukan dimana para pesertanya menggunakan “marker” untuk menembak paintball (saiz guli, .68 caliber, kapsul gelatin yang dipenuhi dengan cat berwarna kepada pemain yang lain. Sukan ini diperkenalkan pada tahun 1980an dan menjadi terkenal begitu cepat sekali

Sukan ini boleh dimainkan secara indoor atau outdoor dalam pelbagai stail. Tidak ada peraturan tertentu dalam permainan ini. Ianya terpulang kepada objektif, strategi dan daya imaginasi para pemain itu sendiri. Sukan ini menggunakan banyak jenis peralatan dan unik jika dibandingkan dengan sukan lasak yang kain. Malahan ianya menggunakan slanga yang tersendiri dalam berkomunikasi diantara pemain. Bertentangan dengan sesetengah pendapat, paintball merupakan salah satu sukan yang paling selamat dan hanya dimainkan oleh mereka yang mempunyai pelbagai kemahiran.

paintball

Paintball merupakan sukan yang makin diminati pada masa kini.