Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Kesihatan Keluarga

Bermula dengan Program Jagaan Ibu dan Anak, Unit Kesihatan Keluarga telah berkembang dari tahun ke setahun sejajar dengan keperluan masyarakat setempat dan kawasan yang pesat membangun. Pelbagai perkhidmatan kesihatan berteraskan kesihatan menyeluruh womb to tomb care disediakan di klinik-klinik kesihatan ini. Umumnya, perkhidmatan disediakan terbahagi kepada dua iaitu perkhidmatan oleh Unit Kesihatan Keluarga dan Unit Kesihatan Primer. Kedua dua unit ini dibantu oleh unit sokongan seperti Makmal Perubatan, farmasi dan Unit Pengimejan untuk melancar dan melengkapkan perkhidmatan kesihatan yang dapat diberikan kepada masyarakat di peringkat primer.

Aktiviti Klinik Kesihatan Keluarga

Unit ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dalam penjagaan kesihatan ibu semasa hamil, bersalin dan selepas bersalin serta penjagaan prenatal kea rah peningkatan tahap kesihatan ibu dan prenatal dan seterusnya untuk menurunkan kadar kematian dan morbidity ibu dan prenatal. Di samping itu unit ini bertanggungjawab ke atas program penjagan kesihatan kanak-kanak sehingga 6 tahun, kesihatan sekolah, remaja, dewasa dan warga tua.

Aktiviti-aktiviti yang disediakan di fasiliti kesihatan adalah seperti berikut: 

  • Penjagaan antenatak, postnatal dan prenatal
  • Penjagaan kanak-kanak
  • Perkhidmatan kesihatan sekolah
  • Kesihatan remaja
  • Kesihatan wanita
  • Kesihatan warga tua
  • Kesihatan kanak-kanak kurang upaya dan rehabilitasi¬†