Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9: 2006-2010)

Bidang bioteknologi dan ICT akan dipertingkatkan demi menjamin negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang
Rancangan Malaysia Kesembilan telah dibentangkan pada 30 Mac 2006 yang lalu dengan objektif utamanya ialah “Mengukuhkan Perpaduan Nasional” bertemakan “Bersama Ke Arah Cemerlang, Gemilang dan Terbilang”. RMK-9 juga dilaksanakan dengan hasrat untuk membina kemakmuran, merupakan antara rancangan pembangunan negara yang penting dalam sejarah negara, memandangkan negara kini berada pada titik pertengahan dalam perjalanan ke arah tahun 2020.

Teras Kedua: Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ‘minda kelas pertama’.
Kejayaan masa hadapan bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian. Sejajar dengan teras ini, Kerajaan akan melaksanakan usaha penambahbaikan sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat tinggi dan vokasional. Persekitaran yang menggalakkan akan diwujudkan untuk menjana lebih banyak usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D). Pada masa yang sama, penekanan akan diberi kepada usaha memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.
Teras Ketiga: Menangani masalah ketidakseimbangan yang berterusan secara membina dan produktif
Kerajaan mendokong matlamat untuk membasmi kemiskinan, menjana pembangunan lebih seimbang, serta memastikan manfaat pembangunan dinikmati rakyat secara adil dan saksama.
Teras keempat: Meningkatkan tahap dan kemapanan kualiti hidup.
Kerajaan akan terus menyediakan keperluan asas seperti air, tenaga, perumahan, pengangkutan dan kemudahan lain, namun penekanan harus diberikan kepada usaha menangani isu-isu berhubung penyenggaraan, penaiktarafan dan keberkesanan penggunaan sumber.
Teras kelima: Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara.
Kejayaan perancangan terletak pada keupayaan untuk melaksana. Untuk itu, Kerajaan komited menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan awam di semua peringkat. Di samping itu, Kerajaan juga akan menangani isu-isu berhubung rasuah dan integriti di dalam sektor awam dan swasta, mahupun di kalangan masyarakat umum.
PROGRAM PEMBANGUNAN WILAYAH
Di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) tiga pembangunan wilayah koridor telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Wilayah yang terbabit ialah:-
· Wilayah Ekonomi Koridor Utara
· Wilayah Ekonomi Pembangunan Iskandar
· Wilayah Ekonomi Koridor Timur
Wilayah Ekonomi Koridor Utara meliputi negeri-negeri Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan wilayah-wilayah di Perak Utara. Kawasan ini berpotensi untuk menjadi pusat industri asas tani yang moden dan berskala besar di samping industri-industri teknologi tinggi seperti ICT, bioteknologi dan automotif.
Tunjang utama projek pembangunan Wilayah Koridor Utara ialah pembuatan atau perkilangan, pertanian dan perkhidmatan. Berikut senarai projek-projek yang akan dilaksanakan di Wilayah Ekonomi Koridor Utara:-
· Jambatan Kedua Pulau Pinang
· Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang bernilai RM3 bilion
· menghubungkan Batu Kawan dengan Batu Maung, Jambatan
· dengan jajaran sepanjang 24 kilometer itu dijangka siap 2011.
· Pusat Pemakanan Utama
· Pusat Pemakanan Tambahan (Penubuhan Zon Khas Makanan)
· Pusat Pemprosesan Halal Berintegrasi?
· Pusat Akuakultur
· Program Sekolah Angkat di kawasan luar bandar yang miskin
· Pusat Kecemerlangan Barat dan Kolej Komuniti akan dibangunkan
· Lebuhraya Rentas Pedalaman Kedah
· Lebuhraya Tunjang Sentral
· Lebuhraya Ekspres Utara-Selatan
Wilayah Pembangunan Iskandar di Selatan Johor merupakan projek pembangunan terancang yang paling besar dalam sejarah negara. Berlandaskan kekuatan kawasan Selatan Johor dari segi lokasi, Wilayah Pembangunan Iskandar akan dibangunkan untuk menjadi destinasi antarabangsa bagi pelaburan, perniagaan, industri, pelancongan dan kebudayaan. Berikut senarai projek-projek yang akan dilaksanakan di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia:-
· Pembinaan Kompleks Jabatan-Jabatan Kerajaan Persekutuan Negeri Johor
· Pelabuhan Tanjung Pelepas
· Lapangan Terbang Senai (Hab Penerbangan Senai)
· Bandaraya Cyber Berteknologi Tinggi
· Pelabuhan Tanjung Langsat (Hab Bahan Api Bio Negara)
· Menempatkan Sekolah Antarabangsa dan Universiti Luar Negara
· bertaraf dunia (Hab Pendidikan)
· Program Sekolah Angkat di kawasan luar bandar yang miskin
· Pusat Kecemerlangan Barat dan Kolej Komuniti akan dibangunkan
· Lebih banyak lagi kemudahan pendidikan teknikal akan dibina untuk menyokong bentuk perniagaan yang baru diperkenalkan.
· Pembangunan rangkaian produk halal untuk dieksport ke Amerika Syarikat dan Eropah melalui program pembangunan sub-kontraktor.
· Memperkenalkan teknik perladangan moden dengan meluas.
· Fasa Kedua: Projek Lebuhraya Pantai Timur
· Penambahbaikan Industri Kompleks Petroleum Petronas terbesar di
· Pantai Timur.
Berlandaskan daripada lima teras yang digarap ini, dapatlah kita mengenal pasti apa yang telah dicapai, kelemahan yang perlu ditangani untuk mencapai negara maju menjelang tahun 2020. Misi Nasional adalah satu perspektif jangka panjang bagi menghasilkan prestasi yang lebih baik dan meningkatkan impak daripada gabungan usaha pembangunan negara.
Amatlah penting dipastikan pelaksanaan menepati jadual, supaya semua pihak mendapat pulangan sebenar daripada apa yang dibelanjakan. Mekanisme pelaksanaan, pemantauan dan penilaian perlu diperkukuhkan. Komitmen dan tindakan bersama semua pihak adalah perlu bagi memastikan kejayaan pelaksanaan RMK-9. Masyarakat sivil perlu berperanan sebagai rakan kongsi pembangunan. Sesungguhnya usaha bagi merealisasikan aspirasi menjadi sebuah negara maju memerlukan komitmen dan kesanggupan setiap rakyat untuk bekerja keras, meningkatkan jati diri dan sentiasa memperkayakan diri dengan ilmu pengetahuan.