Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Rancangan Malaysia ke-10 - "Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial"

rmk10

Sebanyak RM230 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan di bawah RMK10

Intipati Rancangan Malaysia ke-10

  • Rancangan Malaysia ke-10 dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, pada 10 Jun 2010, yang bertemakan "Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial".
  • RMK10 memperuntukkan sejumlah RM290 bilion, yang dibahagikan mengikut nisbah 60/40 untuk pembangunan fizikal dan bukan fizikal.
  • RMK10 (2011-2015) amat kritikal bagi meneruskan kesinambungan prakarsa nasional ke arah merialisasikan Wawasan 2020 menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

Fakta-fakta penting RMKe-10

- memperuntukkan RM230 bilion bagi perbelanjaan pembangunan bagi tempoh lima tahun tersebut.
- daripada jumlah itu, 55 peratus diagihkan kepada sektor ekonomi, 30 peratus kepada sektor sosial, 10 peratus kepada sektor keselamatan dan lima peratus untuk pentadbiran am.
- RMKe-10 merupakan satu daripada empat tiang utama di bawah pentadbiran Datuk Sei Najib Tun Razak. Tiga lagi tiang tonggak itu ialah:

  • Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,
  • Program Transformasi Kerajaan (GTP)
  • Model Baru Ekonomi (MBE).

10 Premis Utama RMKe-10

Pertama: Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara.

Kedua: Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa.

Ketiga: Mentransformasikan negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan.

Keempat: Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi.

Kelima: Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul.

Keenam: Memastikan peluang yang saksama dan melindungo golongan mudah terjejas.

Ketujuh: Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif

Kelapan: Menyokong perkongsian pintar yang efektif

Kesembilan: Menghargai khazanah alam sekitar

Kesepuluh: Kerajaan umpama syarikat berdaya saing.

5 TERAS STRATEGIK Pertama RMK10:

Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA.

Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi.

Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif.

Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia.

Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.

5 inisiatif strategik memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera:

Pertama: Meningkatkan pemilihan ekuiti Bumiputera melalui penginstitusian

Kedua: Mempertingkatkan pemilikan hartanah Bumiputera

Ketiga: Menambah baik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan Bumiputera

Keempat: Membangunkan guna tenaga profesioanal Bumiputera secara lebih tuntas.

Kelima: Menubuhkan satu majlis peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan Bumiputera.


Sumber : mstar.com.my, malaysiakini.com, bernama.com