Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Kepentingan Dan Peranan Hutan Tanah Tinggi Secara Umum

Hutan tanah tinggi dari segi ekologinya, adalah kawasan yang berada pada ketinggian melebihi 300 meter dari aras laut. Secara fizikal, ia merupakan kawasan hutan ynag meliputi banjaran-banjaran. Kawasan Hutan Tanah Tinggi di negara kita adalah kurang 10% jumlah keluasan hutan berbanding Hutan Tanah Pamah Dipterokarp ynag meliputi keluasan sebanyak 60%.

Profail hutanya lebih rendah, lebih rapat dengan komposisi spesies tumbuhan dan haiwan yang berbeza dibandingkan hutan tanah pamah. Kesemuanya ini dihubungkaitkan dengan keadaan alam sekitar yang lebih sejuk, lebih terdedah kepada tindakan alam dan keadaan tanah yang lebih curam. Disebabkan perbezaan ketara ini, hutan tanah tinggi boleh disifatkan sebagai suatu ekosistem yang agak unik bagi negara kita

Sebagai satu sumber semulajadi, hutan memainkan peranan penting kepada manusia, negara dan dunia amnya. Kepentingan dan peranannya meliputi bidang yang luas yang mana ia mengandungi seribu satu macam khazanah yang tersimpan yang menyebabkan ianya lebih unik dan menarik. Diantara kepentingan hutan dan peranannya ialah:

a. mengekalkan kestabilan alam sekitar melalui keseimbangan suhu,gas-gas dan udara.
b. habitat kepada flora dan fauna
c. kawasan tadahan air
d. kawasan untuk penyelidikkan, pendidikan dan rekreasi
e. sumber kayu dan bukan kayu (rotan,herba dan lain-lain) dan
f. warisan dan kebudayaan.

Sumber Maklumat: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar