Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia akan membuka permohonan untuk mengemaskini borang permohonan mulai pada 6 Februari 2012 hingga 20 Februari 2012.
Pelajar SPM 2011 yang telah mengisi borang permohonan melalui atas talian (online) diminta untuk mengemaskini maklumat tambahan melalui laman sesawang http://apps.moe.gov.my/
Untuk mengemaskini, pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan atau nombor angka giliran SPM sahaja.
Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4083 / 4036 / 4040boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).




