Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Pinjaman Dan Biasiswa Bagi Pendidikan Tinggi

Pinjaman Dan Biasiswa Bagi Pendidikan Tinggi

Kerajaan telah menyediakan banyak kemudahan untuk pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta di negara ini. Antara kemudahan pinjaman tersebut ialah;

1210

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN).

Cara Untuk Memohon Pinjaman Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

  • Pelajar yang akan mendaftar bagi kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi boleh mendapatkan borang semasa minggu suai kenaI yang diadakan oleh PTPTN di semua IPTA dan Politeknik dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPTA masing-masing.
  • Pelajar juga boleh memohon pinjaman pendidikan PTPTN menerusi Borang OMR yang boleh dibeli di Pejabat PTPTN dengan harga RM5 satu set. Kiriman Wang Pos berserta satu sampul surat berukuran 35 x 25 sm bersetem RM2.00 dan beralamat sendiri kepada:

Ketua Eksekutif

Perbadanan Tahung Pendidikan Tinggi Nasional

Lot G2, Wisma Chase Perdana

Susur Jalan Semantan

Damansara Heights

50490 Kuala Lumpur

 

Syarat-Syarat Pinjaman.

  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan sekurang-kurangnya tiga kredit.
  • Mengikuti program pengajian sepenuh masa pada peringkat Ijazah Pertama dan Diploma di mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi yang ditubuhkan di bawah:

  1. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971;

  2. Akta Universiti Teknologi MARA 1976;

  3. Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996; serta

  4. Politeknik yang ditubuhkan di bawah dan disenggarakan oleh Menteri

     di bawah Akta Pendidikan 1996; dan

 5. Mana-mana institusi pendidikan tinggi lain yang ditubuhkan atau disifatkan telah   ditubuhkan di bawah Akta Pendidikan 1996 dan yang ditentukan oleh Menteri sebagai suatu institusi pendidikan tinggi bagi maksud Akta tersebut.

 

  • Melepasi ukuran tahap pendapatan keluarga yang ditetapkan dari masa ke semasa

  •  Baki tempoh pinjaman semasa permohonan pinjaman dibuat adalah tidak kurang dari satu tahun.
  • Sekiranya pelajar telah pernah mendapat pinjaman PTPTN untuk pengajian yang terdahulu, tetapi gagal atau berhenti daripada menamatkan pengajian, pelajar hanya boleh memohon pinjaman kali kedua setelah melangsaikan baki hutang terdahulu
  • Pemohon bersetuju menerima pinjaman sejumlah amaun yang diluluskan oleh PTPTN
  • Pemohon mestilah bersetuju menandatangani surat setuju terima dan perjanjian dengan PTPTN
  • Pemohon tidak mendapat sebarang pembiayaan kewangan dari mana-mana badan kerajaan atau institusi swasta yang lain. Sekiranya pemohon ada menerima sebarang pembiayaan lain, amaunnya hendaklah kurang daripada jumlah pinjaman maksimum yang ditawarkan oleh PTPTN. Dengan ini pemohon bersetuju untuk menerima amaun yang merupakan perbezaan di antara amaun yang telah diterima dari lain-lain badan dengan had maksimum pinjaman PTPTN yang ditawarkan.

 

Amaun Pinjaman

  • Bagi pelajar-pelajar IPTA yang mengikuti pengajian ijazah pertama di antara RM3,500 hingga RM7,000 setahun bagi aliran sains, dan daripada RM3,000 hingga RM6,500 setahun bagi aliran sastera. Manakala amaun bagi pelajar di peringkat diploma pula ialah di antara RM2,500 hingga RM5,000 setahun.
  • Bagi pelajar IPTS yang mengikuti pengajian ijazah pertama di antara RM8,500 hingga RM20,000 setahun bagi aliran sains, dan daripada RM8,000 hingga RM16,000 setahun bagi aliran sastera. Pelajar peringkat diploma, amaunnya ialah dari RM3,500 hingga RM5,000 setahun.