Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Komen 1 Malaysia - Ketua Pegawai Eksekutif INMIND, Norizan Sharif

Saya suka melihat 1 Malaysia itu dalam konteks ekonomi rakyat. Untuk melihat soal ini saya tertarik kepada apa yang ditulis dalam sebuah buku. Disebutkan kalau kita mahu menjadi hebat, kita tidak perlu banyak bercakap. Kita bagi sedikit pandangan, dan biarkan orang lain yang bercakap.

 Saya tidak pasti 1 Malaysia yang dilontarkan Perdana Menteri mengguna pakai pendekatan itu. Sebab slogan 1 Malaysia yang diumumkan pada 3 April lalu tanpa penjelasan lanjut. Bagaimanapun ada lapan ciri yang disebutkan iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.


Pada pandangan saya, ciri-ciri ini tidak ada hubungan antara satu sama lain atau bagaimana lapan ciri ini dicantumkan. Saya cuba kategorikan ciri-ciri ini kepada tiga. Iaitu Ketabahan, Rendah Hati dan Kesetiaan dalam satu kumpulan. Pendidikan dan Penerimaan pula dalam kumpulan kedua, manakala kelompok ketiga ialah Integriti, Kecemerlangan dan Meritokrasi.


Kalau ini boleh dikelompokkan begitu, mungkin ia membantu untuk boleh diterima. Kalau tidak lapan nilai itu, saya bimbang tidak bercantum hanya akan menjadi satu bentuk yang kita sebutkan sebagai nilai semata-mata. Saya bersetuju apabila disarankan perlu ada penjelasan yang jelas mengenainya.

Sebab sehingga sekarang masih ada yang bercakap tentang Malaysian Malaysia seperti yang disebut pembangkang atau Malaysia First daripada DAP satu ketika dulu. Kita merasakan mampu untuk faham, tapi orang di luar sana mungkin tidak.

Kebimbangan saya ialah 1 Malaysia ini tidak ditafsir dengan betul. Apa yang akan berlaku ialah orang bukan Melayu akan tafsirkan dengan dia sendiri dan mengharapkan dengan tafsiran itu. Sampai satu masa mereka merasakan harapan itu sebenarnya tidak kesampaian.

Akhirnya rakyat merasakan mereka diberikan harapan yang sebenarnya bukan itu yang dimaksudkan. Maka tidak mustahil berlaku penolakan.

 

Ketua Pegawai Eksekutif INMIND, Norizan Sharif