Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Semangat Hijrah Tepati Konsep 1 Malaysia

Datuk Seri Najib Razak berkata, semangat hijrah yang diamalkan dalam Islam sangat bertepatan dengan konsep gagasan 1Malaysia yang juga kesinambungan prakarsa ke arah memperkukuhkan perpaduan rakyat.

Perdana Menteri berkata, gagasan berteraskan nilai murni berpaksikan prinsip keadilan sosial dan prinsip penerimaan, sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dan negara demi kemakmuran bersama.

Penghijrahan berlaku dalam bentuk model ekonomi baru berasaskan inovasi, kreativiti dan nilai tambah tinggi. Ini bagi menjayakan transformasi ekonomi ke arah memacu Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi secara holistik dan mapan, mengutamakan bidang inovasi dan kekal relevan dalam persaingan ekonomi global.

Masyarakat harus berhijrah untuk sentiasa berprestasi lebih baik tanpa mengira peranan sama ada mereka pemimpin, kerajaan atau rakyat.
Kejayaan dan membina kekuatan ummah dengan membajai dan menyuburkan kerukunan yang sudah dipupuk selama ini. Ingatlah lipatan sejarah yang sarat dengan catatan kejayaan demi kejayaan yang dicapai, sehingga Malaysia kini muncul antara negara membangun paling maju, dinamik dan progresif.

Perdana Menteri berkata, formula yang mendasari kejayaan itu adalah faktor perpaduan antara rakyat berbilang kaum dan kepercayaan berteraskan kepada konsep 'wasatiyah' dengan menerima masyarakat majmuk yang wujud sebagai sumber kekuatan.

Natijahnya, walau apa pun definisi hijrah menurut perspektif kita, yang penting kita tidak boleh berkovensi dengan kejayaan lampau tanpa berusaha mencipta kejayaan dan merintis inovasi baru.

Najib menjelaskan, semua kejayaan itu boleh digapai menerusi penghijrahan nilai tambah kepada lebih berinovasi tinggi dan daripada perpaduan kepada perpaduan satu ummah.

Tema Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah, sebuah negara yang maju dan progresif memerlukan ummah yang mempunyai potensi dan sahsiah diri utuh dan mapan. Khaira Ummah dicerna melalui satu ukhuwah yang didasari nilai ketamadunan dan peradaban yang tinggi. Keperluan mengamalkan konsep wasatiyah perlu dilaksanakan dalam usaha pembangunan spiritual dan fizikal secara seimbang bagi mempertingkatkan nilai kualiti kekitaan, kepunyaan dan kebersamaan dalam memastikan objektif perpaduan Satu Ummah dapat dicapai dengan lebih berkesan.

Najib berkata, konsep persaudaraan dan perpaduan yang diterapkan Rasulullah pada permulaan hijrah adalah secara holistik tanpa mengira warna kulit, keturunan atau kedudukan.

Masyarakat di Madinah ketika itu terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, hidup penuh aman dan harmoni berasaskan Perlembagaan Madinah yang mengutamakan perpaduan serta mempertahan Islam sebagai agama, keadilan sosial kepada semua dan melindungi minoriti serta memberi kebebasan mengamalkan agama kepada kaum bukan beragama Islam di bawah pemerintahan negara Madinah.


Disunting Daripada Kementerian Pelajaran Malaysia