Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Isu Pemansuhan UPSR Dan PMR

gabungan-pelajar-melayu-semenanjung logo-pibgn nutp_logobig books3

Kementerian Pelajaran akan mencadangkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan bagi membolehkan pelajar di negara ini menduduki hanya satu peperiksaan awam sepanjang 11 tahun persekolahan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata cadangan pemansuhan peperiksaan itu kepada kerajaan akan mengubah sistem pendidikan negara yang kini terlalu berorientasikan peperiksaan menyebabkan matlamat melahirkan modal insan serba boleh yang mempunyai keterampilan tinggi gagal dicapai.

Bagaimanapun katanya, kedua-dua peperiksaan itu mungkin juga diteruskan, tetapi bukan lagi berstatus peperiksaan awam seperti sekarang, sebaliknya dijadikan penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah saja.


Jika terlalu menjurus kepada peperiksaan, ia akan menyebabkan matlamat ke sekolah untuk menuntut ilmu, lebih kreatif dan menambah pengetahuan secara lebih holistik tidak akan dicapai sepenuhnya.


Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, cadangan mengekalkan satu peperiksaan saja pada peringkat sekolah itu juga berkaitan dengan langkah kementerian untuk merombak sistem pendidikan dan mengubah bentuk kokurikulum di peringkat sekolah.

Beliau berkata, pada masa ini, sistem pendidikan yang terlalu cenderung dengan peperiksaan menyebabkan guru terlalu fokus untuk mencapai kecemerlangan peperiksaan dan pelajar terlalu menumpukan usaha untuk cemerlang dalam peperiksaan awal saja.

Bagaimanapun Muhyiddin berkata, pihaknya tidak tergesa-gesa untuk membuat keputusan memansuhkan peperiksaan itu kerana perlu mengkaji implikasi lain selain mengalu-alukan pandangan semua pihak termasuk warga pendidik, pelajar dan masyarakat.

Katanya, kajian pihaknya juga mendapati ada negara lain yang tidak mempunyai banyak peperiksaan seperti di Malaysia, malah ada sesetengah negara yang hanya mempunyai satu peperiksaan saja pada peringkat sekolah.

Beliau berkata, pengurangan peperiksaan di peringkat sekolah itu membolehkan pelajar mempunyai banyak masa untuk menumpukan kepada mata pelajaran tertentu dan kegiatan sukan, sekali gus memberi kesan positif kepada keseluruhan cara pendidikan pelajaran.

sumber : Utusan Malaysia


Sesi Meja Bulat Bincang Cadangan Mansuh UPSR Dan PMR

Kementerian Pelajaran akan mengadakan sesi meja bulat bagi membincangkan secara mendalam maklumbalas terhadap cadangannya memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua pihak berkepentingan akan dipelawa mengambil bahagian dalam sesi itu untuk memberi pandangan masing-masing.

Beliau yang berterima kasih kepada saranan-saranan yang diberikan pelbagai pihak terhadap cadangan itu melalui media massa, meminta agar perdebatan mengenai cadangan itu dihentikan bagi memberi peluang kepada kementerian itu meneliti segala pandangan yang telah dikemukakan.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran berkata seluruh pimpinan pendidikan negara telah menunjukkan minat besar terhadap perkara itu dan majoriti respons yang diterima bersetuju dengan cadangan itu, walaupun ada sebahagiannya mencadangkan supaya sistem peperiksaan itu hanya ditambah baik dalam bentuk penilaian.

Katanya lagi ada yang berpendapat yang penting bukan peperiksaan tapi setiap pelajar perlu dinilai prestasi mereka setiap tahun, sama ada dalam bentuk peperiksaan awam atau berasaskan sekolah.
Dalam sistem persekolahan sekarang sudah ada penilaian dibuat secara berkala, tiga bulan sekali dan ada yang setiap bulan tetapi kerana sistem itu menjurus kepada peperiksaan, sebahagian besar mengarah kepada nak mendapat keputusan terbaik.

Muhyiddin sebelum ini menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran sedang mengkaji kemungkinan memansuhkan UPSR dan PMR di masa hadapan kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

Antara kemungkinan yang sedang dikaji ialah UPSR dan PMR akan hanya diteruskan sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja, dan bukannya sebagai peperiksaan awam.

Pada masa yang sama beliau meminta semua pihak memberi pandangan terhadap cadangan itu.

sumber : BERNAMA

Pemansuhan UPSR Dan PMR Tidak Jejas Kemasukan Pelajar MRSM


Pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR), jika dilaksanakan, tidak akan menjejaskan kemasukan pelajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata ini kerana pengambilan pelajar tingkatan empat ke MRSM sebelum ini melibatkan ujian khas manakala pengambilan bagi pelajar tingkatan satu juga akan menggunakan kaedah sama mulai tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 20 Jun lepas berkata dua peperiksaan itu mungkin dimansuhkan kerana pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan peperiksaan sehingga tujuan utama memberi pendidikan holistik tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.

MRSM mengambil kira-kira 9,000 pelajar baru setiap tahun.

sumber : BERNAMA

Mansuh UPSR, PMR: Kerajaan Diminta Buat Kajian Teliti


Kerajaan diminta membuat kajian secara terperinci dan mendapatkan pandangan daripada pihak yang berkepentingan sebelum memansuhkan peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaiaan Menengah Rendah (PMR).

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan berkata Kementerian Pelajaran perlu memastikan bahawa pelajar di sekolah rendah mahir dalam 3M (membaca, menulis dan mengira) sebelum memansuhkan dua peperiksaan awam berkenaan.


Beliau menyokong langkah kerajaan mahu menghapuskan peperiksaan UPSR dan PMR. Namun kementerian perlu pastikan 100 peratus pelajar di peringkat sekolah rendah menguasai kemahiran 3M ini, selepas itu barulah kerajaan boleh mansuhkan dua peperiksaan awam yang dilihat berorientasikan peperiksaan semata-mata.


Pelajar perlu didedahkan dengan kemahiran seperti membuat kerja kursus yang mampu merangsang minda kerana ia secara tidak langsung mampu melahirkan pelajar yang lebih kreatif dan inovasi, tambahnya lagi.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membayangkan bahawa KPM mungkin akan memansuhkan UPSR dan PMR dan mengekalkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sebagai peperiksaan awam tunggal pada masa hadapan.


Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dilaporkan berkata kerajaan melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.


Beliau berkata peperiksaan UPSR dan PMR mungkin akan diteruskan, tetapi sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja, dan bukannya sebagai peperiksaan awam. Katanya pihak kementerian tidak akan gopoh dalam membuat keputusan dan sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak mengenainya.

Mengulas lanjut isu berkenaan, Mohamad Ali berkata, sekiranya perkara itu dilaksanakan kementerian perlu mengadakan ujian penilaian yang setanding dengan peperiksaan awam itu bagi menilai pencapaian pelajar di peringkat sekolah.


Beliau berkata dengan mengaplikasikan kaedah itu, ia secara tidak langsung dapat menilai secara menyeluruh sama ada seseorang pelajar itu mampu mengaplikasi apa yang dipelajarinya di sekolah.


Sementara itu, Bernama melaporkan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Jais Abdul Karim berkata langkah itu akan dapat memantapkan sistem pendidikan dan seterusnya melahirkan pelajar yang lebih fokus dan tenang.


Pemansuhan itu juga katanya akan memberi lebih banyak masa kepada guru untuk mengajar secara lebih berkesan dan tidak terikat dengan jadual peperiksaan. Bagaimanapun katanya, pada masa yang sama kementerian wajar mencari kaedah lain yang lebih sesuai untuk mengukur pencapaian pelajar.


Bagi Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata pemansuhan PMR wajar di laksana memandangkan peranan peperiksaan tingkatan tiga itu hanya untuk menentukan aliran yang akan diikuti mereka ketika tingkatan empat.


Pegawai Perhubungan Pesatuan Bekas Perkhidmatan Pendidikan Malaysia, Abdul Karim Abdullah pula berkata pemansuhan kedua-dua peperiksaan itu akan membolehkan pelajar dan guru menumpukan perhatian kepada kegiatan kokurikulum dan sukan.


Sebelum ini mereka anggap kegiatan sukan dan kokurikulum mengganggu masa pembelajaran kerana pelajar harus bersedia hadapi peperiksaan, tetapi apabila peperiksaan dimansuhkan kelak pelajar akan ada lebih masa untuk fokus kepada kegiatan kokurikulum dan sukan, katanya.


sumber : http://mstar.com.my

Keningau: Ibu Bapa Pedalaman Setuju Mansuh UPSR, PMR

KENINGAU: Rata-rata ibu bapa di kawasan pedalaman bersetuju terhadap cadangan pemansuhan, Ujian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR), tetapi menegaskan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) masih diperlukan.

Pendapat Orang Awam


1. “Dengan ketiadaan UPSR dan PMR, isu pelajar ‘gagal’ tidak akan timbul,”
– Masdir Hussien, 52

2.  “UPSR dan PMR tidak sesuai untuk dijadikan penanda ukur kebolehan seorang pelajar dan pemansuhan itu merupakan satu penstrukturan baru dalam sistem pelajaran di negara ini”
 -  Pengerusi PIBG, Mohd Khairil Abdullah, 40

3.  “Jika ini berlaku, negara akan menghadapi tekanan ramai pelajar menamatkan persekolahan di peringkat awal,” jelas seorang bapa
– Idris Mohd Tahir, 60.

4.  “Kerajaan telah meneliti satu kaedah terbaik dalam proses penambahbaikan sistem pelajaran di negara ini, dengan memansuhkan dua kekangan besar terhadap pelajar dan ibu bapa”
- Harry Gitik, 47

sumber : http://www.keningaukini.com