Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Sistem gred baru SPM

 

periksa2

Kemasukan ke institusi pengajian tinggi (IPT), sama ada swasta atau awam termasuk kursus matrikulasi kini menggunakan sistem baru penggredan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Melalui penilaian baru itu, pelajar diberi gred berdasarkan kecemerlangan peperiksaan dengan kategori cemerlang diberikan gred A+, A, A-, B+,B,C+, C, D, E dan G. Gred baru itu menggantikan gred lama iaitu 1A, 2A, 3B, 4B, 5C, 6C, 7D, 8E dan 9G

Penilaian itu membabitkan calon SPM yang menduduki peperiksaan itu mulai tahun lalu. Namun, ia tidak membabitkan perubahan dasar sedia ada dan calon tidak perlu khuatir kerana sistem gred ini hanya memberi perincian kepada pecahan tahap pencapaian mereka yang menduduki peperiksaan. Kedah ini menggantikan sistem sebelum ini yang tidak mempunyai pecahan gred untuk calon cemerlang.

Sebelum ini jumlah pelajar yang mendapat keputusan cemerlang  dengan jumlah keseluruhan A begitu ramai dan ia meningkat setiap tahun menyebabkan sukar bagi Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi memilih mereka yang benar-benar cemerlang dan layak menerima pembiayaian pengajian. 
Sistem itu diperkenalkan untuk memilih yang terbaik di kalangan terbaik bagi memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) supaya ada perbezaan contohnya antara A+ dengan A dan A-

Melalui sistem baru itu, pelajar yang mendapat A akan dikategorikan kepada A+, A dan A- dengan merit masing-masing 18,16, dan 14.
Gred 3B ditukar kepada  B+ dengan merit 12, 4B kepada B(10), 5C kepada C+ (lapan), 6C kepada C (enam), 7D kepada D (empat), 8E kepada E (DUA) dan 9G kepada G dengan merit sifar.

Bagaimanapun, kaedah baru itu akan mengambil kira syarat khas kemasukan program pengajian seperti gred 6C (kepujian) sebelum ini, tarafnya tidak akan diturunkan ke gred lebih rendah. Penilaian semula gred SPM itu juga sejajajr dengan langkah kerajaan menyediakan Biasiswa Perdana yang dikhususkan kepada pelajar cemerlang dalam akademik. Perincian gred juga memudahkan kementerian menyediakan program terbaik kepada pelajar selain memberikan khidmat rundingan sesuai dengan program yang bakal diikuti di universiti dalam atau luar  negara.

Perubahan ini diharap dapat menghasilkan pelajar lebih berdaya saing dalam peperiksaan dan menyuntik semangat mereka untuk memberikan yang terbaik untuk dipilih mengikuti program latihan dan layak menerima pembiayaian.
Melalui perubahan itu, pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi keistimewaan kepada pelajar berdasarkan merit semata-mata dan bukan bangsa. Pemprosesan, pengiraan markah merit, syarat am universiti, syarat khas program pengajian serta pemilihan calon dilaksana secara dua kaedah dalam proses transisi iaitu kaedah sedia ada bagi lepasan SPM 2008dan sebelumnya serta kaedah terkini bagi calon lepasan SPM 2009 bagi memastikan peluang pelajar lepasan SPM terdahulu untuk melanjutkan pengajian ke IPTA tidak terjejas.

Pelaksanaan kaedah pengiraan markah merit terkini itu disebar melalui Karnival Pengajian Tinggi Negara 2010 mulai Januari hingga Mac tahun lalu di seluruh negara.
Kementerian Pengajian Tinggi juga mengadakan taklimat kepada guru bimbingan dan kaunseling serta mengemas kini maklumat itu melalui cetakan dan agihan risalah ke Jabatan Pelajaran Negeri dan sekolah serta di laman web kementerian.        

 

sumber maklumat : Berita Harian