Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Siswa digalak ceburi keusahawanan

 

gambar_bakal_grdauan1

 

Mahasiswa yang masih meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi disarankan untuk melengkapkan diri dengan nilai tambah yang lain iaitu keusahawanan bagi mengalakkan mereka memilih kerjaya dalam bidang berkenaan apabila tamat pengajian. Kerjaya itu dianggap sebagai satu bidang yang patut diceburi oleh graduan walaupun tidak mempunyai kepakaran yang menyeluruh dalam usaha mengelakkan pengangguran bertambah di negara ini.

Baru-baru ini Unit Keusahawanan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan industri menganjurkan Kursus Asas Keusahawanan Mahasiswa, di Port Dickson. Seramai 65 mahasiswa daripada pelbagai fakulti mengambil peluang menyertainya bagi memperoleh ilmu mengenai bidang keusahawanan.  Objektif kursus ini diadakan ialah bagi menyemai nilai dan budaya keusahawanan dalam kalangan mahasiswa, mewujudkan usahawan yang berwibawa serta berilmu dan memberi  pendedahan pengetahuan mengenai pengurusan organisasi perniagaan.

Selain itu juga untuk memberi pendedahan mengenai potensi dan peluang yang ada dalam bidang perniagaan serta memberi kesedaran kepada pelajar untuk menjadikan bidang ini sebagai kerjaya pilihan apabila tamat pengajian. Dapat melahirkan graduan yang berkualiti  dan melalui kursus ini dapat membimbing pelajar yang berminat untuk menjadikan perniagaan sebagai karier mereka pada masa akan datang. Dengan pendedahan yang diberikan daripada agensi berkaitan pinjaman modal, bantuan teknikal dan bimbingan daripada institut Keusahawanan Negara (NISKEN), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Majlis Amanah Rakyat (MARA), SME Bank, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Perbadanan Nasional Berhad (PNS)

Sumber maklumat : Berita Harian