Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

SUKMA 2012

SUKMA atau Sukan Malaysia merupakan acara sukan peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia, Majlis – majlis Sukan Negeri, Majlis Sukan Sekolah-sekolah (MSSM), Majlis Sukan Universiti Malaya, dan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia.

SUKMA berkonsep “Mini Sukan Olimpik” di Malaysia. SUKMA diadakan secara dwi tahunan dan berselang seli dengan Sukan SEA untuk mencungkil bakat atlet remaja di peringkat negeri dan daerah. Sukan SUKMA bermula pada tahun 1986 dan pada ketika itu Kuala Lumpur menjadi tuan rumah selama 2 kali berturut. .

Setiap kali Sukma dianjurkan, banyak kejayaan telah direkodkan. Kontinjen Terengganu merupakan juara keseluruhan sehingga empat kali berturut-turut di temasya itu.Terengganu yang mengutip 62 emas, 24 perak dan 31 gangsa muncul juara Sukma Pahang 2012, sekali gus mempertahankan kejuaraan yang diraih sejak Sukma Terengganu 2008, Sukma Melaka 2010 dan Sukma Kuala Lumpur 2011.

MASKOT
gajah

 

Pada Sukma kali ini, empat ekor gajah diperkenalkan iaitu Tahan (ketua keluarga), Melentai (ibu gajah), Puteh (anak gajah betina) dan Teku (anak gajah jantan) yang saling berkaitan dengan puncak Gunung Tahan yang melambangkan kemegahan dan kekuatan Pahang.

 

KEDUDUKAN PINGAT

pingat

Kedudukan pingat keseluruhan. Terengganu di tangga pertama kerana mengunguli pingat emas paling tinggi.

Kedudukan pingat keseluruhan. Terengganu di tangga pertama kerana mengunguli pingat emas paling tinggi.

PECAH REKOD

Perenang Wilayah Persekutuan, Ian James Barr turut muncul sebagai atlet yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan pada Sukma kali ini menerusi acara 200 meter rampaian individu lelaki.

Selain tiga rekod kebangsaan, sebanyak 33 rekod Sukma berjaya diperbaharui.

OLAHRAGAWAN & OLAHRAGAWATI

Dua atlet angkat berat, Abdul Mubin Rahim dari Terengganu dan Frenceay Titus (Sabah) masing-masing diumumkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Sukma 2012.

Sukma diakhiri dengan menurunkan bendera negeri pahang dan seterusnya negeri  Perlis bakal mengambil giliran menjadi tuan rumah Sukma 2014.

ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

acara