Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Permainan tradisional Dan Aktiviti Masa Lapang Masyarakat Melayu

 Penduduk Malaysia mempunyai semangat kemasyarakatan teguh yang tercermin dalam permainan tradisional serta aktiviti kemasyarakatan mereka. Sememangnya mereka mempunyai semangat kemasyarakatan yang utuh  yang tercermin dalam permainan tradisional ini. Beberapa permainan tradisional di masa lapang masih aktif dan terkenal  sehingga kini terutama dalam majlis-majlis keramaian.

 

  

silat3

Silat zaman berzaman

Silat
Silat merupakan salah satu daripada cabang seni masyarakat Melayu sejak zaman berzaman. Ianya sinonim dengan masyarakat Melayu serantau seperti di Malaysia, Indonesia, Brunei dan beberapa negara sekitarnya.
Seni pertahanan diri Melayu ini juga merupakan sejenis sukan dan juga satu bentuk tarian.
Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu atau  di nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau dan telah wujud di rantau  ini sejak berkurun  lamanya, memaparkan gerak badan yang lancar yang bertujuan untuk menarik perhatian dan mengelirukan lawan.

 Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari generasi ke generasi. Bersilat dapat meningkatkan kekuatan rohani sejajar dengan prinsip Islam yang dipraktikkan. Seni silat, yang lazimnya diiringi paluan gendang dan gong, biasanya dipersembahkan di majlis perkahwinan serta acara perayaan masyarakat Melayu di rantau ini.

 

takraw1

Sepak Takraw
Sepak takraw atau sepaktakraw merupakan sejenis permainan di antara dua pasukan atau regu yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu. Mempunyai jaring  yang  memisahkan di antara kedua-dua regu dan dimainkan di gelanggang yang berukuran sama seperti gelanggang badminton. Bola takraw pula pada asalnya diperbuat daripada rotan dan kini telah digantikan dengan penggunaan bola sintetik.
Juga dikenali sebagai sepak raga, sepak takraw adalah sebiji bola tradisional yang diperbuat dari lilitan bilah kulit buluh atau bamboo yang ditimang menggunakan sebarang anggota tubuh badan kecuali tangan dan lengan. Terdapat dua jenis sepak takraw: bulatan dan jaring. Sepak raga bulatan adalah bentuk asli permainan ini di mana pemain berdiri dalam bulatan dan berusaha selama mungkin menimang bola tanpa terjatuh ke tanah. Pemain-pemain sepak takraw dikenali seperti berikut:
• Tekong - merupakan pemain yang berada di bahagian tengah berhampiran bulatan sepak mula, bertindak melakukan sepak mula atau servis serta mengawal bahagian tengah dan belakang gelanggang.
• Apit kanan - merupakan pemain yang berada di bahagian sebelah kanan tekong, bertindak mengawal bahagian kanan dan bahagian hadapan gelanggang.
• Apit kiri - merupakan pemain yang berada di bahagian sebelah kiri tekong, bertindak mengawal bahagian kiri dan bahagian hadapan gelanggang.
Apit Kanan dan Apit Kiri masing-masing boleh bertindak sebagai pencampak bola untuk Tekong melakukan sepak mula atau servis, melakukan libasan (rejaman), mengumpan bola dan membuat hadangan. Ini bergantung kepada situasi permainan dan kemahiran masing-masing.
Sepak takraw jaring adalah bentuk moden permainan ini yang mana bola tersebut ditujah melepasi jaring yang tinggi ke sebelah pihak lawan.

wau_2

Wau
Wau adalah sejenis laying-layang tradisional yang sangat popular di pantai timur Malaysia, terutamanya negeri Kelantan. Wau juga masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Terengganu, Kedah dan Perlis.
Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan.
Ianya dipanggil wau kerana bentuknya seakan-akan huruf ‘wau’ Jawi. Wau yang direka dengan pelbagai reka bentuk, serta warna dan corak yang cerah, bermotifkan tumbuhan dan haiwan sememangnya indah dan menawan hati.
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau yang berwarna-warni itu.

 

gasing

 

Gasing
Ianya diperbuat daripada kayu berbentuk bujur dan mempunyai paku panjang. Gasing merupakan satu lagi permainan tradisional yang terkenal. Gasing ialah sejenis alat permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Ia telah dimainkan sejak dahulu kala dan terkenal di kalangan orang-orang Melayu
Objektif permainan gasing biasanya ialah berlawan tempoh masa gasing mampu berputar. Gasing juga boleh dilagakan. Buku ini akan menceritakan serba sedikit tentang cara bermain gasing.
Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang.
Gasing yang diperbuat daripada kayu jambu, mengeluarkan dengungan yang amat menarik ketika dipangkah. Dengungan itu menjadi salah satu kemegahan kepada pemangkahnya. Jika dilempar dengan betul, gasing ini kadangkala boleh terus berputar hingga dua jam lamanya.

Wayang Kulit
Wayang kulit merupakan sejenis hiburan pementasan bayang yang terhasil dari patung yang dibuat daripada belulang (kulit lembu/kerbau/kambing) yang diukir halus dan dicat tangan. Setiap patung mempunyai rupa dan bentuk watak manusia yang tersendiri, dan mempunyai bahagian tangan dan kaki yang bersendi. Pertunjukan wayang kulit.
Wayang Kulit Melayu Kelantan dikatakan berasal dari Kemboja dan dibawa masuk melalui Patani, Selatan Thailand. Ceritanya berdasarkan Hikayat Ramayana dan penglipur lara tempatan. Watak-watak wayang kulit ini menggunakan loghat Kelantan. Antara watak penting ialah Hanuman, Sri Rama, Sita Dewi, Maharaja Rawana dan Laksamana.

 

congkak1

Congkak
Congkak adalah sejenis permainan berasaskan  matematik yang dimainkan oleh kaum wanita zaman dahulu. Congkak sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan  papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji getah, biji guli dan lain-lain. Di utara semenanjung ianya dipanggil juga Jongkok.
Congkak menggunakan papan kayu adalah berbentuk sampan. Congkak memiliki lubang-lubang untuk diisikan dengan buah congkak.
Congkak mempunyai 5, 7 atau 9 lubang yang dipanggil kampung dengan satu  lubang besar  di bahagian hujung dipanggil rumah. Setiap set congkak mempunyai set kiri dan kanan kampung dengan rumah masing-masing dan memerlukan dua orang pemain.
Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah.

Batu Serembat / Batu Seremban
Batu Serembat juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan ini gemar dimainkan oleh kanak-kanak perempuan dimainkan secara berkumpulan, dua orang atau lebih. Objek-objek seperti guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat digunakan dalam permainan ini.
 Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Batu seremban selalunya dimainkan pada waktu lapang di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja mereka mahu dengan memerlukan permukaan lantai yang rata. Pemain juga harus duduk di atas lantai supaya ia lebih senang dimainkan.
Dalam permainan batu seremban, terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh. Giliran dan kemenangan ditentukan dengan siapa yang dapat menimbang paling banyak batu.