Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Taska: Pilihan Dan Keperluan

taska-kecik2

Taska yang bedaftar memenuhi specifikasi dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

•    Terdapat empat kategori taska iaitu taska institusi, taska rumah, taska di tempat kerja dan taska kominiti. Taska institusi mempunyai lebih daripada 10 orang kanak-kanak di bawah jagaan. Taska di rumah mempunyai kurang daripada 10 kanak-kanak dalam jagaan. Taska di temapt kerja adalah taman asuhan di sesebuah tempat kerja yang menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak.




•    Had bilangan kanak-kanak sesebuah taska perlu mengikut nisbah ruang taska. Keluasan lantai untuk seseorang kanak-kanak ialah 3.5 meter persegi. Ruang dapur, stor pejabat dan tandas tidak diambil kira.








•    Nisbahpengasuh pula bersadasarkan bilangan kanak-kanak Lima orang kanak-kanak bawah tiga tahun memerlukan seorang pengasuh., 10 orang kanak-kanak nawah empat tahun memerlukan seoarng pengasuh manakala tuga orang bayi perlu dijaga seorang pengasuh.










Sesebuah taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKKM) dan menggunakan khidmat pengasuh terlatih yang mengikuti Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK), risiko pengabaian kemalangan dan kematian kanak-kanak amat rendah.











Disarankan kepda ibu bapa supaya melakukan pemeriksaaan di dalam dan di luar taska sebelum mendaftarkan anak. Sebaik-baiknya masuk ke dalam taska untuk meninjau ruang dapur dan tandas. Pastikan juga dapur dan tandas bersih kerana ia pennanda ras kebersihan anak-anak yang dijaga. Selain itu raung bermain dan setiap sudut di dalam taska sama ada mereka menerapkan ciri-ciri keselamatan seperti pagar dan tidak berbucu.











Ibu bapa mestilah pastikan taska yang diipilh adalah tersenarai dalam senarai taska yang berdaftar dengan JKMM. Masyarakat perku sedar taska yang tidak berdaftar tidak mempraktikkan aspek penjagaan, kebersihan dan proses pembelajaran sepertu yang termaktub dalam 32 modul KAAK.













Ibu bapa berhak memilih taska yangselamat dan menawarkan program berkualiti untuk anak-anak. Kanak-kanak pula mempunyai hak mendapt kasih sayang dan penjagaan rapi daripda pengasuh. Hak taska yang dimaksudkan ialah memmberi sepenuh kepercayaann dalam apa jua kepeutusan yang diputuskan oleh pihak swasta. Pada masa yang sama, ibu bapa tidak digalakkan menghantar anak sakit ke taska kerana bimbnag mengjangkiti kanak-kanak lain di taska.







Pengusaha taska yang didapati gagal menjalankan tugas dengan baik, mereka akan didenda tidak lebih dariapda RM10 000 atau penjara tidak melebihi tempoh dua tahun atau kedua—duanya sekali.










Sumber: Shamsinah Che Shariff, Presiden Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM)