Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC)

opec-logo










Latar belakang
Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (Organization of the Petroleum Exporting Countries) atau dikenali sebagai (OPEC) merupakan sebuah badan tetap dan pertubuhan antara kerajaan yang ditubuhkan di Persidangan Baghdad pada 10-14 September 1960 oleh Iran, Iraq, Kuwait, Arab Saudi dan Venezuela.














Selepas ditubuhkan oleh lima negara tersebut, OPEC seterusnya disertai oleh sembilan negara lain iaitu Qatar pada tahun 1961, Indonesia (1962) - namun memberhentikan keahliannya pada Januari 2009, Libya (1962), Emiriah Arab Bersatu (1967), Algeria (1969), Ecuador (1973) - mengantung keahlian pada Disember 1992 hingga Oktober 2007, Angola (2007) dan Gabon (1975-1994).












OPEC beroperasi di Geneva, Switzerland pada lima tahun awal penubuhannya, dan berpindah ke Vienna, Austria pada 1 September 1965. OPEC mengandungi 11 negara, termasuk tujuh negara-negara Arab selain negara-negara pengeksport minyak terbesar dan membangun seperti Iran dan Venezuela.









Tujuan OPEC
  • Memastikan kestabilan harga dalam pasaran minyak dengan satu pandangan.
  • Memastikan pendapatan yang stabil kepada negara-negara pengeluar.
  • Memberi pemulangan modal yang adil terhadap sesiapa yang melabur di dalam industri petroleum.











Fakta OPEC
  • Anggota OPEC memegang kira-kira dua pertiga simpanan minyak dunia. Mereka menyumbang 40% keluaran minyak dunia dan separuh daripada hasil eksport.
  • Oleh kerana jualan minyak dunia dipelopori dalam dolar Amerika Syarikat, perubahan nilai mata wang dolar berbanding dengan mata wang negara lain memberi kesan kepada jumlah pengeluaran minyak OPEC.
  • Selepas Euro diperkenalkan, Iraq telah membuat keputusan bahawa minyak dari negara itu harus dibayar menggunakan Euro dan seterusnya menggantikan penggunaan dolar Amerika Syarikat.
  • Keputusan OPEC mempunyai pengaruh yang kuat ke atas harga minyak antarabangsa.
Sumber: http://www.opec.org
Artikel dimasukkan pada 25 Februari 2011