Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Najib Seru Rakyat Islam Hayati Al-Quran Guna Aplikasi Telefon Pintar

KUALA LUMPUR -- Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru rakyat Malaysia beragama Islam supaya menghayati kandungan Kitab Suci Al-Qur'an yang kini boleh dilakukan dengan mudah menggunakan aplikasi di dalam telefon pintar.

Perdana Menteri berkata demikian dalam kemaskini status Facebooknya hari ini sempena Nuzul Qur'an yang jatuhnya pada setiap hari ke-17 bulan Ramadan.

Menurut beliau, Al-Quran bukan sekadar memberi pedoman ibadah tetapi juga boleh menjadi petunjuk pelbagai bidang kehidupan manusia seharian merentasi zaman.

Umat Islam di Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu hari ini bercuti umum menyambut peristiwa agung dalam sejarah Islam iaitu hari turunnya Al-Quran.

Sumber -- BERNAMA,17 Ogos 2011