Carian 
 Saiz Pilihan Text 

Ingin Tahu


politik
ekonomki
sosial
ict
antarabangsa
agama
alam-sekitar
budaya
pendidikanf
umum
1msia
keselamatan
info-terkini
my-health
nkra
permainan-interaktif
pemerdagangan-org
subsidi
jwtn_kosong
eborang
dbook
ebook
maklumbalas
undian-pendapat
Apakah medium yang paling berkesan dalam mempromosikan kempen-kempen kerajaan?
 

UPSR, PMR & SPM

kertas-periksa

Majlis Pelancaran Buku

melayu-bandar-coveri

melakar-transformasi-malays

Pautan

banner-radio
malaysia_aktif_logo1
shbt_button
blog_pm

TARIKH KEMASKINI

Selasa 22 Mei 2012, 10:13

Semua Pelajar Malaysia Di Aceh Selamat Dalam Peristiwa Gempa Bumi

JAKARTA -- Gempa bumi kuat berukuran 7.1 pada skala Richter awal pagi Rabu yang menggoncang pusat bandar Banda Aceh, turut mengejutkan pelajar-pelajar Malaysia di situ yang sedang nyenyak tidur, namun mereka semua dilaporkan selamat dalam peristiwa itu.

Atase Pendidikan di Kedutaan Besar Malaysia Jakarta yang juga Setiausaha Satu Education Malaysia di Indonesia, Ludinata Misnun, berkata sejurus selepas kejadian, Biro Kebajikan, Keselamatan dan Kediaman Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Cawangan Aceh telah menghubungi semua pelajar Malaysia terbabit dan meminta mereka menyelamatkan diri.

Mereka telah diminta pergi ke tempat tinggi bagi mengelakkan ancaman tsunami, bagaimanapun selepas pihak berkuasa menarik balik amaran tsunami, mereka kembali ke kediaman masing-masing, katanya dalam kenyataan di sini.

Gempa bumi yang berlaku pada pukul 1.36 pagi itu, berpusat di lautan di 419km Barat Daya Meulaboh, Aceh dan kesan gegarannya dirasai sampai ke Medan, Sumatera Utara. Ia kemudian disusuli dengan beberapa gempa susulan.

Sementara itu, Ludinata berkata semua pelajar Malaysia di Medan juga selamat dalam peristiwa gempa bumi itu.

Maklumat yang diperoleh daripada seorang anggota jawatankuasa Kelab Umno Medan ialah sebahagian besar pelajar Malaysia di Medan tidak menyedari kejadian gempa bumi itu kerana gegaran yang agak lemah di bandar Medan.

Seramai 206 pelajar Malaysia sedang menuntut di institusi pengajian tinggi di Aceh manakala pelajar Malaysia di Medan berjumlah 1,620 orang.

Sehingga ini belum ada laporan tentang kerosakan pada harta benda atau korban jiwa daripada peristiwa gempa bumi itu.

Sumber -- BERNAMA, 11 Januari 2012