Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan mengadakan Peperiksaan Bertulis Khas Penguasa Kastam WK1-1 pada 4 Februari 2012 (Sabtu). Semakan Panggilan Peperiksaan Penguasa Kastam boleh dibuat di : http://semakpe.spa.gov.my/go-home.php?ob=TAY&ac=01000
Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) juga telah mula menghantar surat panggilan untuk menduduki Peperiksaan Penguasa Kastam kepada semua calon-calon yang layak ke alamat rumah masing-masing.
Jika anda terlibat, anda boleh mendapatkan Panduan Lengkap Peperiksaan tersebut di :http://www.tipsptd.com/hop.php?ref=my
PENGETAHUAN AM
Di antara tugas-tugas Penguasa Kastam ialah:
- Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.
- Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.
- Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.
- Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguatkuasaan.
Dapatkan Panduan Lengkap Peperiksaan Bertulis Penguasa Kastam di :http://www.tipsptd.com/hop.php?ref=my sebagai persediaan peperiksaan tersebut. Selamat berjaya diucapkan kepada calon yang terlibat.




