Carian 
 Saiz Pilihan Text 

Ingin Tahu


politik
ekonomki
sosial
ict
antarabangsa
agama
alam-sekitar
budaya
pendidikanf
umum
1msia
keselamatan
info-terkini
my-health
nkra
permainan-interaktif
pemerdagangan-org
subsidi
jwtn_kosong
eborang
dbook
ebook
maklumbalas
undian-pendapat
Apakah medium yang paling berkesan dalam mempromosikan kempen-kempen kerajaan?
 

UPSR, PMR & SPM

kertas-periksa

Majlis Pelancaran Buku

melayu-bandar-coveri

melakar-transformasi-malays

Pautan

banner-radio
malaysia_aktif_logo1
shbt_button
blog_pm

TARIKH KEMASKINI

Selasa 22 Mei 2012, 10:58

15 Sekolah Lagi Diberi Pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan - KP Pelajaran

PUTRAJAYA -- Sebanyak 15 buah sekolah lagi iaitu tujuh sekolah menengah dan lapan sekolah rendah menerima pengiktirafan daripada Kementerian Pelajaran sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK).

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata ini merupakan fasa keenam, dan dalam lima fasa sebelum ini sebanyak 167 sekolah telah menerima pengiktirafan tersebut.

"Semua sekolah yang telah menerima pengiktirafan akan diberi peruntukan khas bagi tujuan membangunkan kecemerlangan sekolah masing-masing," katanya dalam ucapan sempena majlis penyampaian sijil pengiktirafan itu, di sini Isnin.

Beliau berkata menerusi SKK, setiap sekolah yang mempunyai pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum akan diberi pengiktirafan, bantuan dan peluang pendidikan terbaik daripada kerajaan.

"SKK juga memberikan peluang kepada sekolah yang dipilih untuk meningkatkan jaringan kerjasama dua hala yang berterusan dengan sekolah lain dalam dan luar negara," katanya.

Tujuh sekolah menengah terbabit ialah Sekolah Menengah (SM) Sains Sultan Muhammad Jiwa, Sungai Petani, Kedah; SM Sains Dungun, Terengganu; SM Kebangsaan Seafield, Subang Jaya, Selangor; SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah dan SM Kebangsaan Alor Akar di Pahang; serta SM Tinggi Kluang dan SM Kebangsaan (P) Sultan Abu Bakar, Muar di Johor.

Bagi sekolah rendah pula ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Convent Infant Jesus 1, Melaka; SK Taman Bukit Maluri, Kuala Lumpur; SK Agama Sibu, Sarawak; SK Seliau, Rantau, Negeri Sembilan; SK USJ 2, Subang Jaya, Selangor; Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera, Kangar, Perlis; dan SK Minden Heights, Gelugor dan SK Jenis Kebangsaan Cina Kwang Hwa, Bayan Lepas, di Pulau Pinang.

Sumber -- BERNAMA, 30 Januari 2012