Carian 
 Saiz Pilihan Text 

Ingin Tahu


politik
ekonomki
sosial
ict
antarabangsa
agama
alam-sekitar
budaya
pendidikanf
umum
1msia
keselamatan
info-terkini
my-health
nkra
permainan-interaktif
pemerdagangan-org
subsidi
jwtn_kosong
eborang
dbook
ebook
maklumbalas
undian-pendapat
Apakah medium yang paling berkesan dalam mempromosikan kempen-kempen kerajaan?
 

UPSR, PMR & SPM

kertas-periksa

Majlis Pelancaran Buku

melayu-bandar-coveri

melakar-transformasi-malays

Pautan

banner-radio
malaysia_aktif_logo1
shbt_button
blog_pm

TARIKH KEMASKINI

Selasa 22 Mei 2012, 11:32

Operasi 1Malaysia Akan Diperluaskan Ke 80 Kawasan Di Seluruh Negara - JPAM

KUALA LUMPUR -- Operasi 1Malaysia yang dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) tahun lepas akan diperluaskan lagi ke 80 kawasan Parlimen bagi memantapkan aktiviti membanteras jenayah di seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Datuk Sulaiman Keling berkata setakat ini, operasi yang dilaksanakan pada Oktober lepas itu telah dimulakan di Sungai Pelek, Sepang dan sembilan lagi kawasan termasuk Johor Baharu, Semberong, Kluang, Pagoh, Pekan, Kampar, Masjid Tanah, Taman Tun Dr Ismail dan Semenyih.

"Kita akan bekerjasama dengan kesemua agensi kementerian termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia dan Pencetakan Nasional Malaysia Berhad dalam menangani kesemua bentuk jenayah terutamanya jenayah jalanan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas merasmikan Majlis Pendaftaran Anggota Padiberas Nasional Berhad (Bernas)-JPAM peringkat ibu pejabat di sini pada Isnin.

Sumber -- BERNAMA, 20 Februari 2012