Carian 
 Saiz Pilihan Text 

Ingin Tahu


politik
ekonomki
sosial
ict
antarabangsa
agama
alam-sekitar
budaya
pendidikanf
umum
1msia
keselamatan
info-terkini
my-health
nkra
permainan-interaktif
pemerdagangan-org
subsidi
jwtn_kosong
eborang
dbook
ebook
maklumbalas
undian-pendapat
Apakah medium yang paling berkesan dalam mempromosikan kempen-kempen kerajaan?
 

UPSR, PMR & SPM

kertas-periksa

Majlis Pelancaran Buku

melayu-bandar-coveri

melakar-transformasi-malays

Pautan

banner-radio
malaysia_aktif_logo1
shbt_button
blog_pm

TARIKH KEMASKINI

Selasa 22 Mei 2012, 12:13

Yingluck Shinawatra Tiba Untuk Lawatan Rasmi

SEPANG -- Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 2.30 petang Isnin untuk lawatan rasmi sehari ke Malaysia.

Yingluck dan delegasinya termasuk pegawai kanan kerajaan disambut oleh Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot.

Ia merupakan lawatan kali pertama ke Malaysia oleh Yingluck selepas memegang jawatan pada Ogos 2011.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata bahawa kedua-dua Perdana Menteri itu dijadual menandatangani kenyataan bersama berhubung kerjasama am antara kerajaan masing-masing.

Yingluck dijadual melawat Malaysia pada Oktober 2011 tetapi ia ditangguhkan berikutan banjir besar di Thailand.

Sempena lawatan itu, kedua-dua Perdana Menteri itu akan membincangkan usaha kerajaan Malaysia dan Thailand bagi membangunkan kerjasama yang sedia terjalin antara kedua jiran terdekat dan anggota negara ASEAN dengan mengoptimumkan bidang yang sedia wujud dan berpotensi bagi kerjasama yang lebih erat demi manfaat kedua-dua rakyat dan negara, kata kenyataan itu.

Yingluck juga akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah di Istana Negara.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor juga akan menjadi hos majlis makan malam bagi meraikan Yingluck di Seri Perdana.

Thailand merupakan rakan dagangan kedua terbesar Malaysia di ASEAN. Pada 2011, jumlah dagangan antara kedua buah negara bernilai US$22.95 bilion.

Sumber -- BERNAMA, 20 Februari 2012