Carian 
 Saiz Pilihan Text 

Ingin Tahu


politik
ekonomki
sosial
ict
antarabangsa
agama
alam-sekitar
budaya
pendidikanf
umum
1msia
keselamatan
info-terkini
my-health
nkra
permainan-interaktif
pemerdagangan-org
subsidi
jwtn_kosong
eborang
dbook
ebook
maklumbalas
undian-pendapat
Apakah medium yang paling berkesan dalam mempromosikan kempen-kempen kerajaan?
 

UPSR, PMR & SPM

kertas-periksa

Majlis Pelancaran Buku

melayu-bandar-coveri

melakar-transformasi-malays

Pautan

banner-radio
malaysia_aktif_logo1
shbt_button
blog_pm

TARIKH KEMASKINI

Selasa 22 Mei 2012, 11:32

Bernama Radio24 Luaskan Siaran Ke Johor

JOHOR BAHARU -- Bernama Radio24, stesen radio pertama dengan siaran berita 24 jam sehari, kini memperluaskan siaran ke Johor, negeri pertama di negara ini menerima kehadiran siaran stesen berkenaan selepas Lembah Klang.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim melancarkan peluasan siaran berkenaan pada satu majlis di sini Isnin.

Turut hadir Pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman, Pengurus Besar Bernama Datuk Hasnul Hassan, Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Hoo Seong dan Ketua Pegawai Operasi Bernama Radio24, Azlan Idris.

Memulakan siaran ujian di frekuensi FM107.5 pada 1 Jan lepas, kehadiran Bernama Radio24 di negeri ini menawarkan satu lagi medium kepada rakyat sebagai usaha memperoleh maklumat dan berita mutakhir mengenai perkembangan semasa dari dalam dan luar negara.

Siaran berkenaan juga boleh didengar di Singapura dan Batam, Indonesia.

Sumber -- BERNAMA, 20 Februari 2012