Carian 
 Saiz Pilihan Text 

Ingin Tahu


politik
ekonomki
sosial
ict
antarabangsa
agama
alam-sekitar
budaya
pendidikanf
umum
1msia
keselamatan
info-terkini
my-health
nkra
permainan-interaktif
pemerdagangan-org
subsidi
jwtn_kosong
eborang
dbook
ebook
maklumbalas
undian-pendapat
Apakah medium yang paling berkesan dalam mempromosikan kempen-kempen kerajaan?
 

UPSR, PMR & SPM

kertas-periksa

Majlis Pelancaran Buku

melayu-bandar-coveri

melakar-transformasi-malays

Pautan

banner-radio
malaysia_aktif_logo1
shbt_button
blog_pm

TARIKH KEMASKINI

Selasa 22 Mei 2012, 11:32

Agong Terima Pengiktirafan Malaysia Book Of Records

KUALA LUMPUR -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan menerima sijil pengiktirafan dari Malaysia Book of Records sebagai sultan pertama dilantik Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua.

Baginda menerima buku dan sijil pengiktirafan tersebut daripada Pengarah Urusan The Malaysia Book of Records Datuk Danny Ooi di Istana Negara, di sini.

Turut berangkat mengiringi baginda pada majlis itu ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Kali pertama Tuanku Abdul Halim dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ialah pada 21 Jan 1970 hingga 20 Sept 1975 semasa berusia 43 tahun, sebelum sekali lagi dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Sementara itu, dalam majlis berasingan di Istana Negara, Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan menerima selempang Penaung Diraja Pandu Puteri sebagai tanda menjadi penaung baru persatuan tersebut.

Selempang tersebut bersama sepersalinan Pandu Puteri diserahkan oleh lima anggota persatuan itu kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang merupakan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia sebelum diserahkan kepada Seri Paduka.

Turut hadir ialah Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah yang merupakan Timbalan Yang Dipertua Pandu Puteri dan Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Datin Seri Zalillah Mohd Taib.

Sumber -- BERNAMA, 20 Februari 2012