Carian 
Search - DOCman
Search - Content
Search - Weblinks
Search - Contacts
Search - Categories
Search - Sections
Search - Newsfeeds
 Saiz Pilihan Text 

Simpanan Minyak Sawit Jan Susut 12.17 Peratus




kelapa_sawit KUALA LUMPUR, 10 Feb -  Simpanan minyak sawit Malaysia jatuh 12.17 peratus kepada 1.418 juta tan metrik pada Januari 2011 daripada 1.615 juta tan metrik pada bulan sebelumnya.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), ketika mengeluarkan angka tersebut pada Khamis, berkata simpanan minyak sawit mentah (MSM) menyusut 12.03 peratus kepada 624,856 tan metrik pada Januari, sementara bekalan minyak sawit diproses adalah 12.28 peratus lebih rendah pada 794,124 tan metrik.